Followers

Sunday, November 15, 2009

JIKA AKU tidak sempat MEMBAYAR HUTANG



Ketahuilah wahai saudaraku...orang Islam. Dalam satu riwayat diceritakan, pada suatu hari anak Khalifah Umar al-Khatab pulang dari tempat pengajiannya sambil menangis teresak-esak....Lantas Saiyidina Umar Al-Khatab bertanya mengapakah anaknya itu menangis...lalu anaknya menjawab:


      "Teman-teman sekolahku menghitung tampalan yang terdapat dibajuku sambil mengejek..Kata mereka, lihatlah..anak Amirul Mukminin, bajunya koyak dan bertampal-tampal.."


Ketahuilah wahai saudaraku...orang Islam. Setelah mendengar keluhan si anak, maka lahirlah perasaan kesihan di hati Saiyidina Umar. Kemudian beliau mengirimkan sepucuk surat kepada Bendahari Negara meminta untuk meminjam sebanyak empat dirham dengan jaminan gajinya pada bulan hadapan dipotong.


Ketahuilah wahai saudaraku....orang Islam. Apakah jawapan yang ditulis oleh Bendahari Negara, selepas membaca surat dari Khalifah Umar Al- Khatab??? Antaranya beliau menulis.....
  "Wahai Amirulmukminin...adakah engkau sudah dapat memastikan hidup sampai bulan hadapan? Bagaimanakah kalau engkau meninggal dunia sebelum sempat engkau membayar hutangmu? Apakah yang akan engkau lakukan terhadap hutangmu di depan Allah...??"


Ketahuilah saudaraku.....wahai pemimpin-pemimpin yang mengaku orang Islam. Selepas membaca surat itu, Saiyidina Umar bukannya marah atau melenting" pemimpin kita" yang mengaku dia orang Islam...malah Amirulmukminin itu terus menangis, lalu memujuk anak..... seperti mana

  "Wahai anakku...pergilah ke sekolah seperti biasa, kerana aku tidak dapat menghitung umurku walaupun sejam lagi."....masyaallah....hebatnya pemimpin seperti Amirulmukmin Umar ini...



Renunglah wahai saudaraku....pemimpin-pemimpin yang mengaku orang Islam. Adakah kita seperti khalifah Umar????Atau kita jauh lebih teruk...bukan setakat memohon untuk berhutang...malah sanggup merampok harta negara tanpa pengetahuan rakyat jelata...Tunggulah wahai pemimpin-pemimpin yang mengaku orang Islam....diri kamu akan dicampakkan ke dalam "NAR" yang apinya jika setitik jatuh ke dunia pasti hancur lebur dunia ini....nauzubillah..minzalik!!!!!

2 comments:

  1. Salam hormat dan rahayu.

    Setiap insan malah semua pemimpin wajib mempunyai sifat Rasulullah iaitu amanah, benar, menyampaikan, dan bijaksana.

    Justeru adanya pemimpin sebegitu, negara akan sejahtera.

    salam bicara,
    Bicarawahyu.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah...itulah bakal pemimpin yang ingin kita nobatkan...jika semua pemuda Islam seperti berjiwa demikian ..Islam dapat dinobatkan di bumi Malaysia tercita ini..takbir!!!Allah huakbar....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails