Followers

Wednesday, November 11, 2009

FAEDAH BERSEDEKAH


Rezeki yang diberi oleh Allah dalam bentuk harta benda dan wang ringgit, hakikatnya bukanlah untuk diri kita semata-mata, tetapi di dalamnya terdapat juga hak orang lain. Hak orang lain ini wajib kita tunaikan melalui pemberian sedekah dan zakat.


Sedekah..ialah pemberian semasa hidup kepada seseorang tanpa ada tukar ganti atas dasar mendekatkan diri kepada Allah. Apa jua pemberian berupa harta benda tanpa bayaran balik sebagai imbalan atas pemberian tersebut, melaikan mengharapkan untuk mendekatkan diri kepada Allah..maka semua itu disebut sedekah, seperti sedekah wajib, sedekah sunat, wakaf, derma sumbangan dan sebagainya.



Amalan sedekah...berbeza daripada hibah dan hadiah. Hibah ialah pemberian yang dilakukan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan, manakala hadiah merupakan pemberian untukmemuliakan orang yang menerimanya. Yang membezakan antara ketiga-tiga...ini ialah niat kita atau tujuan kita melakukannnya.


Rasulullah s.a.w ...juga ada menyebut mengenai suruhan dan galakkan bersedekah itu, sebagaimana sabda baginda:
    "Mana-mana orang mukmin yang memberi makanan kepada seorang mukmin yang lain kerana 
     kelaparan, maka Allah akan memberi makanan kepadanya pada Hari Kiamat dari buah-buahan

    syurga. Dan mana-mana orang mukmin yang memberi minuman kepada seorang mukmin yang lain kerana kehausan, maka Allah akan memberi minuman kepadanya pada hari kiamat dari khamar syurga yang termetri bekasnya. Dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakaian kepada seorang mukmin yang lain kerana tidak berpakaian, maka Allah akan memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga yang berwarna hijau." (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)



Faedah Bersedekah:
1. Allah menjamin harta orang itu.
2. Memperoleh kebaikan pada hari pembalasan.
3. Boleh menghapuskan dosa.
   - Rasulullah s.a.w. bersabda: "Puasa adalah benteng, sedangkan sedekah  melenyapkan  kesalahan(dosa) sebagaimana air memadam api",(HR:Ibnu Majah dan Tirmizi) 



4. Namanya harum ditengah-tengah masyarakat. 
   - Bagi orang suka bersedekah dan menyelesaikan kesulitan orang lain akan disukai ramai. Berbeza dengan orang yang kedekut, ia akan menjadi tumpuan kebencian orang kerana hanya menghimpun harta benda untuk dirinya sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda: "Celakalah hamba dinar (duit), celakah hamba dirham..(HR: Bukhari dan Abu Hurairah)



5. Bersedekah adalah salah satu akhlak Rasulullah s.a.w. 
   -Antara perbuatan yang sangat baginda cintai adalah bersedekah, bahkan memberi sesuatu yang sangat baginda sukai atau perlukan sendiri.


6. Besedekah menyebabkan rezeki bertambah, berkembang dan mendapat berkat.


7. Bersedekah menyebabkan pemiliknya mendapat naungan pada hari kiamat. 

 - Dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a. ...ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya. Salah satunya adalah, "Laki-laki yang besedekah dan menyembunyikannya, sehingga tangan kirinya tiadak mengetahui apa yang dikeluarkan oleh tangan kanannya." (HR: Bukhari dan Muslim)



8. Kecintaan Allah dan kecintaan manusia terhadapnya.
 - Orang yang suka memberi akan dicintai orang lain, sebab secara fitrahnya manusia mencintai orang yang berbuat baik padanya. 


9. Kemudahan melakukan ketaatan.
   - Allah menolong orang yang suka bersedekah dalam melakukan berbagai ketaatan, sehingga ia merasa mudah melakukan perintahNya dan mejahui laranganNya. Allah berfirman:"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik(Syurga), maka Kami akan menyiapkan baginya jalan yang mudah." (Al Lail:5-7)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails