Followers

Friday, November 20, 2009

PAKAIAN ADALAH nikmat DARI ALLAH


Ketahuilah saudaraku....orang Islam. Pakaian merupakan satu nikmat anugerah dari Allah. Setelah Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari Syurga dan dicampak ke dunia ini, kedua-dua mereka tidak ada sehelai kain atau seurat benang menutupi tubuh mereka.


Allah s.w.t telah memberi ilham kepada Nabi Adam dan Hawa bagaimana untuk menutupi tubuh mereka. Bermacam-macam cara manusia sejak Adam dan Hawa menggunakan alat untuk menutupi tubuh badan mereka, sehinggalah tercipta sekarang ini berjenis-jenis pakaian untuk menutupi tubuh manusia..


Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Adakah cara kita berpakaian benar-benar kita mematuhi apa yang dikehendaki oleh hukum syarak. Ramai di kalangan kita mengaku beragama Islam...Tetapi yang lelakinya masih ramai berseluar pendek atas paras lutut..Kalau nak ceritakan cara berpakaian bagi kaum wanita yang mengaku dirinya Islam....masyaallah...seluarnya ketat, sendat, melekat dan sengkat (kadang kala menampakkan lurah..kemaluan mereka) Begitu juga baju yang dipakai "T-shirt" ketat, melekat, pendek dan menonjolkan betapa tingginya "Gunung" masing-masing..Lebih menyedihkan terdapat setengahnya memakai baju yang "jarang" dan hanya bahagian "gunung" ditutup dengan kain yang tebal atau "baju kutang" Kebanyakkan gadis-gadis termasuk" mak-mak gadis" yang tidak sedar diri memakai pakaian begini..nauzubillah..minzalik.


Katahuilah saudaraku....orang Islam. Golongan ini bila ditegur seringkali melafaskan kata-kata "Jangan suka jaga tepi kain orang lain"..Memang sekarang ini kita kena jaga tepi kain mereka...sebab mereka pakai baju "tidak cukup kain" .Terbelah sana, terbelah sini..menampakkan "luruh gunung" masing-masing..


Ingatlah saudaraku...yang mengaku orang Islam...Pakaian merupakan nikmat Allah yang dikurniakan kepada manusia (kalau binatang senang tak payah pakai baju dan seluar).Oleh itu tidak kira di mana kita berada, sama ada di rumah, di pejabat atau ketika kita bersiar-siar,..pastikan kita berpakaian sesuai dan menjaga ketarampilan dan batas hukum syarak cara berpakaian "orang Islam" bukan cara berpakaian "orang utan". Elakkan berpakaian comot, menjolok mata dan sebagainya..ini kerana secara tidak langsung ia akan menjejaskan kredibiliti seseorang "muslim" dan "muslimah".


Katahuilah saudaraku..orang Islam. Yang penting, walau apa pun pakaian yang disarungkan ke tubuh, kita hendaklah letakkan niat bahawa cara pemakaian kita itu memenuhi tuntutan syarak..bukan memenuhi tuntutan "hawa nafsu" orang yang memandang..


Ingatlah wahai saudaraku..orang Islam. Allah telah mengingatkan manusia cara berpakaian, seperti Firmannya dalam :Surah al-A'raaf:26:
      "Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda kekuasaan Allah. Mudah-mudahan mereka selalu ingat...."
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails