Followers

Saturday, November 21, 2009

RUANG kebaikan AMAT luas SEKALI


Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Ruang untuk kita melakukan kebaikan sememangnya luas terbentang kepada  kita semua. Tidak kira siapa kita, apa jua jawatan kita, apa juga kedudukan kita, apa juga darjat kita..raja atau rakyat biasa, atau  apa jantina kita, tiada halangan untuk kita melakukan kebaikan. 

Oleh itu wahai saudaraku...orang Islam. Sudah sewajarnya kita "bersyukur" kepada Allah s.w.t kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana umat Nabi Muhammad s.a.w adalah umat pilihan, seperti mana Firman Allah:
    "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kerana menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara mungkar (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah ( dengan sebenar-benar iman) " (Ali-Imran:110)


Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Oleh kerana ruang untuk melakukan kebaikan teramatlah luas. Maka setiap saat, setiap masa rebutlah peluang melakukan "yang ma'ruff" dan tinggalkan yang "mungkar". Biarlah setiap saat hidup kita sentiasa melakukan kebaikan. Walaupun perbuatan kita itu dilihat seperti tidak berfaedah, contohnya "membuang ranting kayu atau duri di jalanan" itu sudah dianggap kita sudah melakukan kebaikan.

Bagaimana kita nak melakukan kebaikan????
Jika kita berjiran..menjaga rumah jiran atau memerhatikan keselamatan rumah jiran sewaktu cuti sekolah ini. Jika seorang guru...mengajarlah anak murid dengan penuh ikhlas . Jika saudara seorang pekerja pejabat...saudara boleh melakukan kebaikan dengan beramanah melakukan tugas. Jika suadara seorang "PEMERINTAH" ...perintahlah negara seamanah yang boleh, seperti mana yang dilakukan oleh UMAR BIN ABDUL AZIZ. Jika saudara seorang raja...tadbirlah negara seperti mana yang dilakukan oleh SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH....


Pendek kata...walau apa pun kedudukan saudara, pangkat saudara, martabat saudara..lakukanlah sebarang kebaikan dalam hidup saudara dengan cara tersendiri, agar saudara tidak menyesal di kemudian hari..Janganlah di saat "sakaratul maut" hampir tiba..barulah saudara merayu kepada Allah s.w.t agar dilanjutkan usia walaupun seketika agar saudara boleh melakukan kebaikan...

Wahai saudaraku..orang Islam..Belum terlambat untuk kita melakukan kebaikan!!!!!Rebutlah peluang umur serta kesihatan  yang Allah berikan ini untuk melakukan sebanyak-banyak mungkin "KEBAIKAN"...kerana "RUANG kebaikan AMAT luas SEKALI!!!!!!".....amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails