Followers

Saturday, November 14, 2009

ROH TERGANTUNG antara LANGIT & BUMI


Saudaraku..adakalanya kita terpaksa berhutang, terutama apabila kita mengalami kesempitan wang dan terdesak untuk mengadakan keperluan harian...bagi mereka yang betul-betul memerlukannya. Ketahuilah saudaraku...zaman sekarang ini ramai orang berhutang bukan kerana kesempitan hidup, tetapi ramai yang berhutang kerana ingin menunjuk-nunjuk...subhanallah



Ketahuilah saudara..apabila hidup sudah dikelilingi hutang yang tidak dapat dilangsaikan, ia bukan saja menjadi beban dunia tetapi juga menjadi beban akhirat...Malah sehingga ke satu tahap akan mencemarkan maruah serta boleh mengaibkan peribadi seseorang..(bila diistiharkan "bankrap")


Jestru itu wahai saudaraku...orang Islam, apabila ingin berhutang,..berfikirlah panjang-panjang dan jangan mengambil risiko jika saudaraku..tidak dalam kondusi yang menggawatkan. Tetapi jika telah berhutang..carilah jalan dengan cara apa sekalipun asalkan halal dari hukum syarak untuk melangsaikannya seperti yang kita janjikan. Janganlah sesekali saudaraku melengah-lengahkan untuk membayar hutang, dan lebih buruk lagi saudara mampu membeli kereta mewah, memiliki rumah besar..tetapi hutang sesama kawan kita..dilengah-lengahkan.



Pesanan Rasulullah...., perbuatan mereka yang suka melengah-lengahkan membayar hutang adalah satu perbuatan "KEZALIMAN" apatah lagi jika saudara seorang yang mempunyai kemampuan untuk membayarnya!!!!



Ingatlah wahai saudaraku....orang Islam, Rasulullah s.a.w telah bersabda, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bermaksud:
"Roh seorang mukmin yang berhutang, jika hutangnya tidak dijelaskannya,..maka tergantung-gantunglah ia antara langit dan bumi, yang bereti terseksalah roh itu hingga dijelaskan hutangnya itu."


Kerana itu wahai saudaraku..orang Islam, percayalah...apabila seorang Islam meninggal dunia, hutang adalah perkara pertama yang perlu dilunaskan segera sebelum harta pusakanya dibahagi-bahagikan kepada pewaris yang berhak.



Ketahuilah saudaraku..wahai orang Islam, Rasulullah s.a.w sangat mengasihi umatnya dan memperingatkan umatnya agar "Tidak Berhutang". Baginda setiap kali berdoa selepas yang maksudnya:
    "Ya Allah, ya Tuhanku, Aku berlindung denganMu daripada bebenan hutang yang berat dan kekerasan yang kejam.." Pernah satu ketika hadis meriwayatkan, para sahabat yang berada di belakang baginda bertanyakan kepada Rasulullah, adakah baginda mempunyai banyak hutang...Rasulullah menjawab..tidak. Tetapi kata Rasulullah kita hendaklah sentiasa berdoa agar kita dijauhi dari beban hutang..



Ingatlah wahai saudaraku...orang Islam, dalam satu hadis ada meriwayatkan...Rasulullah pernah diminta untuk menyembahyangkan jenazah seorang yang telah meninggal dunia. Baginda enggan melakukannya setelah diberitahu bahawa si mati itu mempunyai hutang yang belum dilangsaikan...Lalu baginda menyuruh seorang sahabatnya yang hadir agar menyembahyangkan jenazah berkenaan..





Oleh itu wahai saudaraku...orang Islam, renunglah sejenak dalam diri kita...adakah kita masih tergantung hutang dengan kawan-kawan atau saudara kita.?? Jika ada...disegerakanlah melangsaikan hutang itu agar "ROH KITA TIDAK TERGANTUNG antara LANGIT dan BUMI"...nauzubillah minzalik...amin!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails