Followers

Monday, November 23, 2009

HARTA YANG manis DAN indah


Ketahuilah saudaraku.. semua orang menyukai harta dan inginkan kekayaan yang melimpah ruah. Tidak kiralah kekayaan itu dalam bentuk wang ringgit, emas dan perak, atau kekayaan dalam bentuk harta benda seperti rumah mewah, kereta mewah atau harta tanah yang menjadi kebanggaan manusia...

Tetapi ketahuilah saudaraku..Apakah harta yang manis dan paling indah di sisi hukum syarak?. Rasulullah sendiri mengakui bahawa harta adalah sesuatu yang indah dan manis. Tetapi ketahuilah saudaraku..harta itu juga jika kita salah gunakan ia akan membawa kita ke neraka jahannam. Kadangkala dengan hartalah Ibu dan Bapa boleh bercerai-berai, adik beradik boleh berbunuh-bunuhan dan saudara-mara boleh bermasam muka dan tidak bertegur sapa..nauzubillah..minzalik


Harta yang manis dan paling indah adalah seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
   "Sesungguhnya harta itu indah dan menarik lagi manis sekali. Tetapi sebaik-baik harta seorang Muslim ialah yang diberikan sebahagiannya kepada orang miskin, anak yatim dan ibnu sabil."(HR:Bukhari dan Muslim)

Ketahuilah saudaraku..sebenar-benar harta yang kita miliki di sisi Allah s.w.t ialah harta yang diimpaqkan ke jalan "Fisabilillah". Salah cara untuk kita jadikan harta itu manis dan indah ialah dengan mengeluarkan "zakat" bagi yang cukup haul dan nisabnya. Tetapi bagi yang diwajib membayar zakat, kita boleh jadikan harta kita itu manis seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah tadi, iaitu banyakan bersedekah.

Ketahuilah saudaraku.. Zakat adalah suatu amalan yang sangat dituntut (wajib) bagi yang mampu, kerana melalui amalan ini kita dapat membantu sesama umat Islam. Ia adalah satu rukun Islam dan sekaligus mengukuhkan kekuatan jemaaah Islam dalam ekonomi.


Yakinlah saudaraku..melalui amalan bantu-membantu, ia dapat memberikan kekuatan kepada orang Islam secara total untuk membina sebuah masyarakat yang madani dan berdaya saing....amin!!!!


Mudah-mudahan kita semua akan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t dan seterusnya kita dapat mengelaurkan "ZAKAT" atau "BERSEDEKAH" dan seterusnya dapat menunaikan ibadat rukun yang lain seperti mengerjakan "HAJI" ke Baitullahlilharam...amin..yarabbalalamin!!!! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails