Followers

Thursday, November 12, 2009

GOLONGAN yang DILAKNAT OLEH ALLAH & RASULNYA

Di antara golongan yang dilaknat oleh Allah dan Rasulullah s.a.w. ialah :

1. Kaum wanita yang suka menyambung rambutnya.
    - Menyambung rambut, bermaksud seorang perempuan menyambung rambutnya dengan rambut lain agar lebih panjang, iaitu al-washilah (sanggul). Rasulullah bersabda:" Allah melaknat wanita yang menyambungkan rambut, wanita yang diminta disambungkan rambutnya, wanita yang metatoo dan wanita yang minta dibuatkan tatoo." (HR: Al- Bukhari).


- Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dengan tangannya, yakni mereka yang menambahkan rambut lain untuk mempewrbanyakkan rambutnya. Perbuatan ini diharamkan. Barang siapa yang hendak mengubah apa yang yang diciptakan Allah atau  atau membatalkan hikmahnya, maka ia patut dijauhkan dan dihandari dari rahmat Allah.


2. Kaum wanita yang mengubah bulu keningnya.

    - Al-Namishah (wanita mencabut bulu kening) ialah wanita yang mencukur dan mengukir bulu kening sehingga menipiskannya.Perbuatan ini tidak diperbolehkan bagi wanita untuk mengubahnya daripada ciptaan Allah s.w.t, oleh itu perbuatan ini adalah diharamkan. Maka hukum menjahui perbuatan ini adalah Wajib,dan dengan menjahuinya bererti kita selamat dan memperoleh ganjaran pahala kerana kita mentaati Allah dan RasulNya.


3. Kaum wanita yang meminta melukis sesuatu pada tubuhnya (Tatoo).

   - Al-Wasyimah, ialah wanita yang menusuk tangan atau wajahnya dengan jarum, kemudian bahagian yang tertusuk itu diisi dengan dakwat atau seumpamanya yakni untuk membuat tatoo.
- Laknat Allah memalui sabda Rasulullah. Bahagian yang ditusuk dengan jarum itu menjadi najis dan mesti dihilangkan dan ianya tidak dapat mensucikan daripada mandi hadas besar. Tetapi bagi mereka yang mukallaf tidak mengerti maka dimaafkan.




4. Wanita yang merenggangkan giginya demi kecantikan dirinya.

   - Al-Mutafallijah, Iaitu wanita yang meminta direnganggkan giginya yang bertumpuk, iaitu dengan memisahkan antara gigi taring dan empat gigi mukanya denga alat perapi gigi dengan maksud agar susunan giginya nampak kemas dan tersusun cantik.
- Hukum syarak telah mengharamkan wanita merenggangkan giginya (yang bertindih) sehingga nampak susunannya rata, kerana kecantikan ini hasil perbuatan manusia. Cara seperti ini dicela dan bagi wanita tidak diperbolehkan mengubahnya daripada apa yang diciptakan Allah pada dirinya.

Sebagai pengajarannya....diharapkan dari kaum wanita supaya mereka tidak melakukan perbuatan yang mengundang laknat untuk diri mereka. Mencantikan diri dan menjaga kecantikan diri itu adalah sunnat , tetapi mengubah keadaan tubuh badan yang sedia ada itu adalah haram hukumnya, malah dilaknat oleh Allah dan RasulNya. 




Adalah diingatkan kepada para wanita , hendaklah mereka sentiasa bertakwa kepada Allah, dan sentiasa menundukkan pandangan mereka dan sentiasa menjahui sesuatu yang dimurkai Allah. Jauhilah perbuatan keluar dari rumah dengan bersolek seperti bersoleknya kaum jahiliyah..ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah s.w.t hanya membolehkan wanita berhias, mengenakan wangian dan alat perhiasan hanya semata-mata untuk suaminya sahaja...wassalam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails