Followers

Tuesday, November 3, 2009

WANITA DICIPTA UNTUK MENYENANGKAN HATI LELAKI


Seorang wanita adalah ibarat sekuntum bunga, kecantikannya hanya sementara sahaja. Tetapi sekiranya wanita itu berakhlak mulia, kecantikan akhlaknya itu tetap menawan sesiapa sahaja memandang walaupun wajahnya tidak secantik mana.


Wanita berperibadi mulia ialah wanita yang menepati ciri-ciri yang disebut oleh Rasulullah s.a.w., " Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah"' Hadis riwayat Muslim.
Wanita yang berakhlak mulia, sekiranya dia seorang anak, maka dia akan menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya, sekiranya ia menjadi remaja ia akan menjadi remaja yang berkhemah, jika ia menjadi seorang isteri, maka ia akan menjadi isteri solehah yang menyenangkan dan mengembirakan hati suaminya. Jika ia sebagai ibu pula, dia akan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. Manakala dia sebagai hamba Allah, dia akan tunduk dan tawaduk serta patuh hanya kepada yang maha Esa...

Wanita berperibadi mulia adalah mereka yang bertakwa kepada Allah. Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 24: "Barang siapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita, sedang ia seorang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun".


Wanita berperibadi mulia faham peranan mereka. Antaranya sebagai penyenang hati suami, sumber kasih sayang dan kelembutan, melahirkan zuriat dan memberi pendidikan kepada anak-anak. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh.

GANJARAN KEPADA WANITA:

Ingatlah wahai semua kaum wanita yang bergelar isteri solehah...Bahawasanya seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu, maka ditutup baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana sahaja tanpa dihisab...

Saidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:" Tidaklah seorang wanita yang didatangi haid kecuali haidnya itu merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu".

Wanita yang mulia ialah wanita yang apabila dipandang oleh suaminya, maka ia menggembirakan, apabila suaminya menyuruh ia taat dan apabila suaminya tiada, maka ia menjaga harta suaminya dan menjaga kehormatan dirinya.

Ingatlah wahai kaum wanita....


Wanita yang mulia juga adalah di kalangan mereka yang tidak mendedahkan auratnya di hadapan lelaki lain yang bukan muhrimnya..kerana mereka tahu Allah s.w.t. melaknat wanita sedemikian itu. Begitu juga memakai pakaian jarang dan menarik nafsu sahwat lelaki memandang, maka ia tidak akan mencium bau syurga.


Ingatlah wahai kaum wanita..

Wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat, oleh itu jauhilah segala kejahatan. Wanita yang mulia juga tahu bahawa sekiranya dia membebankan suaminya dengan sesuatu yang tidak mampu dipenuhinya...maka Allah s.w.t. tidak akan menerima seluruh amalannya.....




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails