Followers

Monday, November 16, 2009

10 WASIAT IMAM AS-SHAHID HASSAN AL-BANNA




As-Shahid Hassan al-Banna..adalah seorang mujahid dan juga seorang mujaddid yang terulung di abad ke 20an ini.  Beliau dikenali di seluruh dunia  sebagai pengasas Gerakan Al-Ikhwan Muslimin di Mesir. Gerakan ini ditubuhkan pada bulan Mac 1928 di Isma'iliyyah, Mesir dan telah dipimpin oleh beliau sehingga Al-Ikhwan Muslimin terkenal di seluruh dunia sebagai satu wadah pergerakan Islam yang menginginkan Agama Islam diagungkan di seluruh dunia.


Ketahuilah saudaraku...As-Shahid Hassan al-Banna adalah seorang pejuang yang Islam yang gigih tanpa mengenal erti gentar dan takut, melainkan kepada Allah rabbuljalil..sehingga akhirnya mati syahid ditembak oleh puak keganasan Rejim Mesir pada tanggal 12 Febuari 1949 ketika waktu Zohor..


Ketahuilah wahai saudaraku....walaupun As-Shahid Hassan al-Banna telah lama meninggalkan kita namun Gerakan Al-Ikhwan Muslimin tetap utuh hingga sekarang. Ini adalah hasil perjuangan dan kegigihan As-Shahid Hassan al-Banna melahirkan ramai pengikut-pengikut yang memperjuangkan cita-cita beliau yang inginkan Agama Islam diagungkan di seluruh dunia..


Bagi merealisasikan impian beliau, As-Shahid  Hassan al-Banna telah menulis "Sepuluh Wasiat Hassan al-Banna" yang mana penulisan beliau ini sungguh masyhur dan sering disebut-sebut para pendakwah..Ianya merupakan nasihat serta wasiat beliau kepada pejuang Islam sebagai bekalan di dalam menghadapi kehidupan yang penuh mencabar di akhir-akhir ini..

Diantara 10 wasiat beliau ialah:


1.Segeralah tunaikan solat bila bila suadara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara.
   - Wasiat ini mengajak orang muslim supaya sentiasa menjaga dan memelihara solat dan mengerjakan pada waktunya. Kita hendaklah mendahulukan solat daripada kerja-kerja lain dan tidak ada halangan syarak yang membolehkannya solat diakhirkan.





2. Bacalah al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa saudara dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah.
   - Dalam wasiat kedua ini, merangkumi empat perkara:
       a. Bacalah al-Quran.
            - Al-Quran adalah kalam suci dari Allah s.w.t untuk menjadi perlembagaan kepada manusia bagi mentadbir alam ini. Ia adalah kitab panduan yang memberi petunjuk dan hidayah yang benar..Firman Allah:
          "Sesungguhnya al-Quran itu memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus." (Al-Isra':9)

Ketahuilah saudaraku...perjuang Islam...
Berpegang dengan ajaran Al-Quran akan membawa kekuatan dan kemenangan...jika saudaraku menyimpang dari ajarannya akan membawa kelemahan dan kehinaan!!!!!...


   b. Membuat Kajian (mentelaah) dan Mendengar Majlis
       Ilmu.
       - Setelah kita memperbanyakkan membaca Al-Quran, As-Shahid Hassan  al-Banna menasihatkan supaya kita rajin metelaah (membaca) buku-buku dan mendengar majlis ilmu. Kedua-dua ini adalah kaedah untuk menambahkan ilmu pengetahuan agama. 


Ketahuilah sadaraku...bertemu dengan buku merupakan bertemu dengan "harta kekayaan".
Seorang penyair pernah mengatakan " Teman manusia yang paling baik ialah buku". Saudara boleh menggantikan usia dunia yang pendek ini dengan mentelaah buku-buku yang bernilai tinggi atau melayari "blog-blog" dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan...


Percayalah saudaraku...jika saudara pandai memilih buku-buku atau melayari blog-blog, dan suadara terus membaca....bererti umur saudara bertambah panjang dari sudut maknawi kerana saudara menambahnya dari "hasil umur orang lain"..Walaupun umur saudara pendek, tetapi saudara dapat melipatgandakannya dengan membaca hasilan orang lain....


Ketahuilah wahai saudaraku....mencari, menghadiri dan mendengar majlis Ilmu..amat digemari oleh para malaikat..Malaikat yang berterbangan di langgit akan berhenti dan menebarkan sayapnya jika terdapat tempat-tempat diadakan majlis ilmu...subhanallah!!!!
Selain itu..wahai saudaraku..orang Islam, kesan ilmu tetap akan kekal, tidak dapat dihapuskan sehingga akhir hayat..Sabda Rasulullah s.a.w:
      " Apabila anak Adam mati, terputuslah (pahala) semua amalnya, kecuali tiga perkara: sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang (sentiasa) berdoa kepadanya."..


C. Berzikirullah.
    - Wahai saudaraku..orang Islam, jika saudara terlalu sibuk atau tiada kepalangan waktu untuk membaca Al-Quran, atau memtelaah buku dan blog atau menghadiri majlis ilmu...masih terdapat cara lain saudara manfaat waktu saudara agar tidak terbuang begitu sahaja..Al-Shahid Hassan al-Banna mengingatkan kita agar "berzikirullah" dalam apa keadaan sekalipun, sama ada berdiri, duduk atau berbaring...setiap waktu, sama ada siang atau malam, atau di masa sibuk atau lapang..agar kita tergolong orang yang sentiasa mengingati Allah ajalwajalla..


3. Berusahalah bercakap dalam bahasa Arab Fusha,  kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.
  - Wasiat ketiga beliau ialah agar kita setiap orang muslim mengorbankan seluruh kemampuan dan tenaga untuk mempelajari Bahasa Arab Fusha (persuratan). Beliau berpendapat bercakap dalam Bahasa Arab Fusha merupakan salah satu syair yang dituntut. (Bacaan yang betul ketika membaca Al-Quran). Pendapat beliau ini disokong dengan firman Allah:
      " Sesungguhnya kami menurunkannya beruapa Al-Quran dengan Bahasa Arab agar kamu memahaminya." (Surah.12. Ayat :2)


4. Janganlah saudara banyakkan perdebatan (al-jadal) dalam semua urusan, walau bagaimanapun keadaannya, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.
  - Wasiat seterusnya, beliau melarang kaum muslim sengaja mengada-adakan perdebatan yang tidak memberi faedah, sebaliknya beliau menggalkkan kepada perdebatan yang membuahkan hasil sekiranya perlu. Ini kerana perdebatan( al-jidal) akan melahirkan penyakit-penyakit seperti:
   a. Menggalakkan manusia sentiasa dalam keadaan 
       bergeseran/ bertelagah.
   b. Kemudian penyakit ini akan memarakkan fitnah dan 
      permusuhan antara sesama manusia kerana mencari 
      kemenangan.
  c. Seterusnya ia akan memecah-belahkan umat manusia 
     dan satu kelompok merasa gembira dengan kelompoknya.



Jestru itu wahai saudaraku...orang Islam, Cukuplah bagi kita mengambil panduan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah dalam menyelesaikan permasalahan al-Jidal ini..


5. Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah s.w.t. bersifat tenang dan serius.
   - Dalam wasiat ini Al-Shahis Hassan al-Banna menasihatkan kita supaya jadilah muslim yang tidak berlebih-lebihan kita ketawa. Kerana katanya orang yang beriman hatinya sentiasa ingat Allah, takut kepadaNya dan sentiasa mengharap kepadaNya.



6. Saudara jangan suka bergurau. kerana ummat yang berjihat hanya mengenal keseriusan.
    - Wasiat seterunya Al-Shahid Hassan Al-Banna mengigatkan kita supaya meninggalkan sikap suka bergurau, dan mengajak kita bersikap serius dalam percakapan dan perbauatan.
Percayalah wahai saudaraku..bergurau ini merupakan "jurang kegelinciran" yang amat bahaya, kebiasaannya ia membawa kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan dipandang hina..jika gurauan itu sudah terkeluar dari sempadan bergurau. Bagi Islambergurau berlebihan merupakan "pintu-pintu"  pembohongan dan fitnah..nauzubillah..minzalik!!!!



7. Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari yang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.
- Dalam wasiat ini Imam Hassan Al-Banna melarang kita meninggikan suara tanpa keperluan berbuat demikian. Ini kerana ia tidak membawa kepada natijah yang baik. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Luqman (Surah:31. Ayat:19) yang bermaksud:
        " Dan sederhanalah kamu dalam perjalanan dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya seburu-buruk suara ialah suara keldai."
Ketahuilah saudaraku...orang Islam...Allah melarang orang mukmin dari meninggikan suara mereka lebih daripada suara Rasulullah, dan Allah melarang mereka bercakap dengan Rasulullah seperti mereka bercakap sama sendiri..


Pengajaran yang dapat kita perolehi ialah...meninggikan suara boleh menjadikan gugur amal solih, sekalipun amalan itu besar...



8. Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali perkara kebajikan.
- Dalam wasiat ini beliau mengigatkan kita jangan suka mengumpat, mencabuli kehormatan jemaah lain dan mengajak umat Islam memperkatakan perkara kebaikan untuk kebaikan semata-mata.
Ketahuilah wahai saudaraku...perbuatan mengumpat ini dalam Islam ..sama seperti "memakan daging saurdaranya sendiri"..ia adalah perbuat yang jijik dan dan dibenci oleh manusia.



9. Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan raka-rakan saudara, sekalipun suadara tidak diminta berbuat demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.
- Wasiat beliau supaya kita"taaruf" kerana ia adalah jalan untuk mewujudkan kasih sayang, kemesraan dan bersatu melakukan kebaikan. Ia juga merupakan tunggak asasi dalam peribadi Rasulullah s.a.w....


Wasiat yang terakhir....



10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan singkatkanlah masa penunaiannya.
- Dalam wasiat ini Imam Hassan Al-Banna menasihatkan kita..supaya mempergunakan waktu dan menghormatinya, sama ada waktu orang lain, waktu kawan atau kenalan..Beliau menasihatkan supaya bijak menggunakan waktu dengan kadar yang sesuai..jangan melakukan sesautu kerja dengan waktu yang membazir..buat kerja sambil lewa..sahaja..
Ketahuilah saudaraku..orang Islam,...Perjalanan masa itu tidak berhenti walaupun sesaat, atau siang dan malam.Ia menjadi keuntungan kepada kita jika kita memenuhinya dengan amalan solih..dan paling menakutkan jika ia menjadi kecelakaan kepada kita kiranya kita cuaikannya atau kita mencorakkannya dengan perbuatan-perbuatan jahat dan keji disisi Allah...nauzubillah..



Wahai saudaraku....walaupun terdapat banyak wasiat-wasiat di dunia ini untuk menuju ke arah kebaikkan..Namun 10 wasiat Al-Shahid Imam Al-Banna ini jika diamalkan oleh golongan belia Islam ...sudah tentu panji-panji Islam dapat ditegakkan di setiap sudut bumi Allah ini.....amin!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails