Followers

Monday, December 21, 2009

RAHSIA angka 7 di sisi ALLAH s.w.t


Ketahuilah saudaraku...angka 7 itu sangat agung di sisi Allah s.w.t. Jika kita halusi setiap kejadian di muka bumi ini banyak berkaitan dengan "ANGKA 7".  Antaranya seperti bilangan hari dalam seminggu. Kenapa Allah jadikan dalam seminggu bukannya 8 hari, kenapa 7 hari? Allah s.w.t menjadikan seminggu itu terdiri daripada tujuh hari. Di dalam setiap hari tersebut terjadi peristiwa-peristiwa tertentu yang mempunyai rahsia keutamaan bagi hari tersebut (PERINGATAN: akan dibincangkan dalam siri akan datang....tunggu!!!!)

Menurut Imam Abu Nashr Muhammad bin Abdurrahman Al-Hamdany:
   "Ketahuilah bahawa Allah sangat besar kekuasaanNYA dan sangat tinggi kalimatNya serta berterusan nikmat-nikmatNya. Allah telah menghias 7 perkara dengan 7 perkara. Dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap 7 perkara itu mempunyai rahsia perkara yang lainnya. Semua kejadian ini untuk mengkhabarkan kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya 7 itu mempunyai RAHSIA YANG SANGAT BESAR dan KEDUDUKAN YANG SANGAT AGUNG di sisi Allah s.w.t.


Ketahuilah saudaraku... Allah menghiasi angkasa ini dengan tujuh lapis langit.Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
       "Dan Kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh." (An-Naba':12)

Begitu juga di dalam Al-Quran ada dinyatakan langit ini mempunyai 7 lapis, seperti mana digambarkan oleh Rasulullah s.a.w di mana baginda telah dimikrajkan hingga ke langgit 7, dan setiap langgit itu terdapat kejadian-kejadian yang pelik-pelik menimpa kepada umat baginda.


Ketahuilah saudaraku..kemudian Allah s.w.t juga menghiaskan langit ini dengan 7 bintang (plenet termasuk bumi yang kita diami ini), seperti firmanNya:
      "Dan sesungguhnya kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya." (Al-Hajr:16)


Ketahuilah saudaraku...juga dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa bumi kita ini juga mempunyai 7 lapisan. Seperti mana Firman Allah s.w.t surah Ath-Thalaq: Ayat  12, yang bermaksud:
      "Allahlah yang menciptakan tujuh langit sebegitu juga bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah  Maha Berkuiasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu."


Ketahuilah saudaraku...selepas kejadian bumi, maka Allah menghiasinya pula dengan 7 lautan, sebagaimana firmaNya dalam surah Luqman: Ayat 27, yang bermaksud:
       " Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta ditambah kepada 7 laut lagi sesudah keringnya nescaya tidak akan habis -habisnya ditulis kalimat Allah."



Ketahuilah saudaraku...suatu masa nanti, setelah manusia meninggal dunia "MATI", maka di akhirat nanti, bagi mereka yang ingkar dengan suruhan Allah dan melanggar laranganNya....Allah s.w.t menyediakan 7 tingkat "NERAKA" untuk mereka. Neraka tersebut ialah Jahanam, Sa'ir, Saqor, Jahim, Huthamah, Lazo dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan 7 buah pintu neraka, Firmannya:
 " Neraka itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu telah ditetapkan untuk golongan yang tertentu dari mereka." (Hijr:44)   


 Juga jika kita perhatikan dalam kejadian manusia, terdapat 7 bahagian anggota tubuh badan manusia. Manakala jika perhatikan surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran, terdapat 7 surah yang panjang-panjang, kemudian menghiasinya dengan 7 ayat pada pembukaan kitab atau "Fatihatul kitab." (Fatihah) Sebagaimana firmanNya:

    "Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepada kamu 7 ayat yang dibaca berulang-ulang (dalam solat) dan Al-Quran yang agung." (Al-Hijr:87)

Demikianlah Allah s.w.t menjadikan sesuatu di alam ini mempunyai rahsianya tersendiri yang perlu kita kaji dan diketahui.Semua rahsia kejadian dan kekuasaan yang ditunjukkan Allah itu kepada kita adalah sebagai "Bahan" untuk kita meningkatkan ketaqwaan kita kepadanya..AMIN!!!!!!wassalam.....

Thursday, December 17, 2009

PERIBADI Muslim DAN Muslimah KETIKA Tidur


Ketahuilah saudaraku..Allah menjadikan siang dan malam itu ada tujuan dan maksud tertentu. Dijadikan waktu siang itu untuk manusia bekerja mencari rezeki dan  beribadat, manakala dijadikan malam itu untuk manusia berehat dan beribadat kerana telah penat mencari rezeki di siang hari..Bagi kita orang muslim gunakanlah anugerah waktu malam itu untuk "tidur" dan "beribadah" kepada Allah..sesungguhnya orang yang kuat beribadah kepada Allah ialah mereka yang sedikit tidurnya diwaktu malam dan banyak waktu berjaga mengabdikan diri kepada Allah. Ini kerana mereka ingin menjaga kesihatan diri yang berkait rapat dengan kesihatan "jiwa" yang diperolehi melalui penyuciannya. Allah berfirman yang bermaksud:
   "Tidaklah dengan mengingati Allah akan menenangkan hati." (Ar-Ra'ad:28)


Ketahuilah saudaraku...berapa ramai dikalangan kita yang pada malamnya bekerja mencari rezeki, dan pada siangnya digunakan untuk berehat dan tidur. Oleh itu kita sering mendengar kebelakang ini ramai di kalangan mereka ini mendapat pelbagai penyakit seperti sakit mental atau sakit sukar mendapat ketenangan jiwa..Cuba kita bezakan, jika kita tidur siang dengan kita tidur di waktu malam..bila sahaja kita bangun, kita akan berasa pening kepala jika kita tidur di waktu siang. Ini berbanding jika bangun sewaktu kita tidur malam..di awal pagi kita akan berasa diri kita segar semula..Itulah keburukannya bila kita mengubah takdir Allah...dijadikanyaNya malam untuk tidur...kita manusia ini, mengubahnya jadikan siang untuk tidur dan malam untuk cari rezeki. Jangan salahkan takdir..salahkan perubahan peradaban manusia..


Oleh itu saudaraku...Islam telah mengariskan beberapa panduan untuk menjaga kesihatan diri dengan menjaga waktu tidur kita. Berikut adalah beberapa panduan untuk melahirkan "Peribadi Muslim dan Muslimah Ketika Tidur":


AMALAN TIDUR:
1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan solat Isyak iaitu seeloknya jam 10 atau 11 malam dengan keadaan berwuduk. Manakala amalan Rasulullah s.a.w, baginda sebelum tidur sentiasa membaca Surah Sajaddah dan Surah Al-Mulk.


2. Bangkitlah sepertiga akhir malam iaitu sekitar pukul 3 pagi atau 4 pagi, kemudian bersugi, berwuduk dan solat tahajjud, taubat serta solat sunat yang lain dengan ditutup solat wittir.


3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar. Bagi mereka yang kuat imannya boleh terus berjaga sehingga waktu solat subuh dengan membaca Al-Quran dan bertasbih serta bertahmid.


4. Tidurlah dengan "mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan" dan "rusuk kiri di bahagian atas". Ini bertujuan supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus serta cepat hadam makanan. Cara tidur sebegini adalah "amalan" Rasulullah s.a.w. Tidurlah sedemikan dari mula hingga akhirnya.


Ketahuilah saudaraku..Terdapat waktu-waktu yang dilarang kita mengamalkannya. Jika amalan ini berterusan, kebanyakan ulamak mengatakan kita akan cepat "hilang ingatan" atau dalam erti kata lain cepat menjadi "GILA".


WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR:
1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
    -Berapa ramai di kalangan kita yang setelah habis shif malam, dan pulang pukul 5 pagi dan terus tidur seawal pukul 6 pagi atau 7 pagi dan banggun pukul 2 petang untuk pergi kerja pada pukul 5 petang. Jika amalan ini diteruskan, suadara akan mempunyai potensi akan mengalami tekanan jiwa dan ketidakstabilan emosi.Ini kerana sewaktu kita tidur suasana gelap, sewaktu kita bangun suasana cerah dan panas terik. Ini menyebabkan kita akan berasa pening kepala.


2. Selepas masuk waktu Asar.
   - Waktu ini juga dilarang kita menjadikan amalan untuk tidur. Ini kerana dikuatiri jika kita tidur dan terjaga sehingga masuk waktu magrib. Sewaktu kita tidur suasana terang dan sewaktu kita bangun suasana gelap. Ini juga menyebabkan kita perjalanan hormon dalam badan kita tidak stabil dan kita akan berasa sedikit pening. Jika ini diamalkan selalu, dikuatiri kita akan mengalami gangguan emosi.


3. Tidur di bawah cahaya matahari, walaupun terkena separuh dari badan.
  - Perbuatan tidur di tanah lapang yang tanpa ada berlindung juga tidak digalakkan oleh Islam. Ini juga boleh mempercepatkan kita hilang ingatan.

Ketahuilah saudaraku yang gemar tidur di siang hari......(sekarang ini ramai yang terpaksa, sebab malam bekerja). Hasil kajian terdapat banyak keburukan berbanding kebaikan jika amalan tidur di siang hari diamalkan:


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI:
Ketahuilah saudaraku..Kita dilarang sama sekali tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas terik kerana:
1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit. Ini kerana waktu itu badan kita mudah berpeluh dan mudah dijangkiti kuman yang terdapat pada pakaian atau cadar serta selimut yang kita gunakan.
2. Merosakkan warna kulit.


3. Melemahkan jantung


4.Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.

5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat serta daya ingatan.


Ketahuilah saudaraku..Islam juga ada mengariskan panduan kepada kita cara menghindari "lesu" selepas bangkit dari tidur. Caranya ialah:
1. Bersihklan diri, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur ataupun sebaiknya
    kita  berwuduk sebelum tidur.

2. Jangan tidur terlalu lewat.

3. Setelah terjaga, bacalah doa bangun tidur dan melakukan sedikit senaman di atas katil sebelum turun
    dari  katil.

4. Minum segelas air kosong sebelum bersugi (pagi) dan segelas sebelum tidur malam.

5. Mandi dan ambil wuduk serta menunaikan "Solat Subuh"

Insyaallah!!!!jika amalan serta tabiat baik yang dinyatakan diikuti...saudara bukan sahaja dapat menjaga kesihatan diri, malah jiwa kita akan berasa tenteram, aman dan sentiasa segar untuk melakukan kerja serta beribadat mengabdikan diri kepadaNya...Amin!!!!!

Friday, December 11, 2009

SILATURAHIM dapat PANJANGKAN USIA


Ketahuilah saudaraku..kita semenjak dari Nabi Adam As, tidak dapat hidup tanpa mempunyai kawan. Oleh itu dalam kehidupan manusia dalam apa jua sekalipun mereka memerlukan hubungan sesama manusia yang lain. Ini kerana manusia tidak mungkin dapat hidup tanpa keluarga, kawan, sahabat handai, jiran dan seterusnya masyarakat.


Ketahuilah saudaraku..hubungan sesama manusia ini dipanggil "SILATURAHIM". Silaturahim ini ibarat satu tali yang mengikat seorang Islam dengan orang Islam yang lain. Apabila silaturahim terjalin, maka terbentuklah satu rangkaian besar umat Islam yang bakal mengukuhkan sesebuah komuniti Islam. Oleh itu, silaturahim antara perkara yang diberikan keutamaan dalam kehidupan masyarakat Islam. Allah berfirman yang bermaksud:
  "Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang berteingkah) itu, dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (al-Hujarat:10)


Ketahuilah saudaraku...SILATURAHIM ini dapat memanjangkan usia seseorang. Mengikut riwayat, pada suatu ketika malaikat maut datang kepada Nabi Daud. Pada masa itu kelihatan seorang lelaki duduk di depannya. Malaikat maut berkata "Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya". Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yang ternyata dia masih hidup. Bahkan keadaannya bertambah sihat. Lelaki itu juga kelihatan bertambah muda berbanding sebelumnya. Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut,"mengapakah demikian (dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lagi lelaki itu akan dicabut nyawanya?". Malaikat maut pun menjawab. "Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi."


Begitulah betapa ajaibnya silaturahim, kerana ia mampu memanjangkan umur seseorang. Oleh itu penulis berharap kepada pembaca dan penulis blog yang lain gunakanlah kemudahan dan kecanggihan IT ini untuk memanjangkan silaturahim, dan janganlah menggunakan kelebihan yang "dianugerahkan" Allah ini untuk menyebarkan ilmu maksiat yang bukan dapat menyumbang "pahala" malah mendapat "dosa" yang berpanjangan. Seperti mana Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya:
   "Dan orang yang paling erat hubungan silaturahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran." (HR: At-Thabrani)

Thursday, December 10, 2009

ISTIGHFAR sebagai AMALAN harian


Ketahuilah saudaraku..salah satu cara kita memohon ampun kepada Allah s.w.t ialah dengan membanyakkan lidah mengucapkan "ISTIGHFAR" kepadaNya. Ini terbukti dengan pengalaman yang pernah dialami oleh penulis sendiri, sewaktu mengerjakan Rukun Haji pada tahun 2005/06. Penulis langsung tidak terlintas untuk mengatasi kekuasaan Allah...dengan hanya berkata "Aku tahu jalan pulang ke Hotel" akhirnya penulis serta kawan-kawan sesat..Akhirnya penulis "bersitighfar" dan memohon taubat kepada Allah s.w.t..maka akhirnya kami terjumpa pegawai tabung haji, dan ditunjukkan jalan ke hotel.


Sebab itu di tanah suci Mekkah kita kena perbanyakkan lidah beristighfar dan perlu menjaga semua percakapan, niat hati serta perbuatan kita. Ini kerana di tanah suci Mekkah Allah s.w.t akan "membayar tunai" apa yang kita ucapkan atau apa yang kita terlintas di hati. Ini ternyata benar, kerana pengalaman kedua penulis sewaktu berada di dalam Masjidil Haram..penulis sekejap tukar SIM KAD telepone Malaysia, dan sekejap tukar SIM KAD Mekah..Terlintas di hati penulis..asyik tukar-tukar nanti tercicir SIM KAD..Ketahuilah saudaraku..rupa-rupanya memang benar SIM KAD saya hilang...sayapun terus beristghfar agar tiada lagi perkara buruk yang akan berlaku...


Ketahuilah saudaraku..ISTIGHFAR banyak kelebihannya..Seperti kata Hassan al-Basri sewaktu dikunjungi oleh seorang lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnyayang kering kontang kerana dilanda kemarau panjang..Lalu Hassan al- Basri menjawab:
      "Mohonlah ampun kepada Allah".
Selepas itu, datang lagi seorang rakan yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan. Sekali lagi Hassan al-Basri menjawab:
     "Mohonlah ampun kepada Allah".
Tidak lama kemudian datang pula seorang lelaki meminta didoakan agar dikurniakan anak dan lantas Hassan al-Basri memberi reaksi "Beristighfarlah kepada Allah".
Kemudian datang lagi orang lain mengadukan tentang kebunnya yang mengalami ketandusan, Hassan al-Basri juga meminta beliau supaya "Beristighfar"....


Ketahuilah saudaraku..Apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Hassan al-Basri kepada semua kemuslihatan yang diadukan itu, menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui "ISTIGHFAR"  sahaja.


Apabila mendengar keluhan dari sahabatnya, Hassan al-Basri pun menjawab:
   "Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi, berdasarkan Firman Allah dalam Surah Nuh:Ayat 10 - 12 yang bermaksud: Maka aku katakan kepada mereka, mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula di dalamnya untukmu sungai-sungai".


Wednesday, December 9, 2009

APABILA panjang ANGAN-ANGAN!!!!


Ketahuilah saudaraku...manusia sejak dari Nabi Adam As hinggalah ke saat ini tidak terlepas dari angan-angan. Nabi Adam As sejak dijadikan di dalam syurga berasa sunyi dan berangan-angan agar ada pasangan untuk berhibur. Lalu Allah s.w.t menjadikan pasangannya Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam As...sehinggalah Nabi Adam As berangan-angan untuk makan buah "kuldi" yang dilarang Allah s.w.t. Akibat pujukan Syaitan Laknatullah, maka angan-angan dan menurut hawa nafsu, Nabi Adam As tewas dengan pujukan syaitan. Lalu murkah Allah s.w.t dan mencampakkan Nabi Adam As serta Hawa ke dunia ini....


Ketahuilah saudaraku..sejak itulah manusia tidak terlepas dari angan-angan. Ramai di kalangan kita, terutama di hujung tahun ini "panjang angan-angannya"...Bagi yang belum berkahwin, berangan-angan untuk berkahwin dengan jejaka kaya dan tanpan, manakala yang jejaki berangan-angan berkahwin dengan perempuan cantik dan jelita. Tidak ketinggalan yang sudah ada isteri berangan-angan untuk menambah "cawangan" baru..




Lain pula generasi kanak-kanak...kebanyakan golongan ini berangan-angan seperti "KARTUN" , ada yang berangan-angan ingin jadi "Superman", ada yang berangan-angan nak jadi "Power Renggers" dan bermacam-macam lagi..Bagi yang "gila" kereta, berangan-angan untuk membeli kereta idaman masing-masing. Pendek kata..nama sahaja manusia, pastilah "Panjang angan-angannya".


Ketahuilah saudaraku..apabila panjang angan-angan, terutama angan-angan yang lebih banyak membawa kepada keburukan, ia amat ditakuti boleh merosakan akidah dan iman serta akhlak seseorang. Sebab itu Islam tidak membenarkan umat Islam bermain judi. Kebanyakan mereka yang bermain judi, terutama "menikam nombor" seperti LOTRI, TOTO dan sebagainya, selalu berangan-angan panjang...kita sering mendengar mulut mereka mengatakan "kalaulah aku kena...aku nak beli itu dan ini..."


Saidina Ali bin Abi Thalib pernah menyuarakan kebimbangannya, ke atas orang yang suka berangan-angan panjang:, katanya "Yang aku khuatiri atas kamu ialah dua perkara, iaitu mereka yang panjang angan-angan dan mereka yang suka menurutkan hawa nafsu. Ini kerana mereka yang panjang angan-angan itu selalu melupakan akhirat. Manakala mereka yang menurutkan hawa nafsu itu selalu menghalang daripada melakukan kebenaran (hak)."


Ketahuilah saudaraku..bagi mereka yang berangan-angan mendapat wanita yang cantik paras rupa, tetapi miskin ilmu agama...para ulama telah berpesan!!!"Jangan engkau mengikuti hatimu kepada wanita, kerana hari ini dia untukmu...dan esok hari dia untuk orang lain...Apabila engkau taat kepadanya, maka dia akan memasukkan engkau ke dalam NERAKA..."


Ketahuilah saudaraku..bagi mereka yang berangan-angan untuk mengumpul harta kekayaan...para ulama telah berpesan!!!" Janganlah engkau mengikat hatimu pada harta kekayaan, kerana harta itu hanya pinjaman. Hari ini ia menjadi hakmu...dan esok hari ia menjadi hak orang lain...Jika hatimu terikat pada harta , engkau akan "BAKHIL" untuk mengeluarkan kewajipan hak Allah, takut miskin..dan menurut kepada bisikan Syaitan!!!.."


Oleh itu wahai saudaraku..Tinggalkanlah apa yang ragu-ragu dalam hatimu...sebab hati seseorang mukmin akan bergoncang dalam melakukan perkara "SUBAHAT", lari dari melakukan perbuatan "HARAM" dan jiwa mereka tenang dalam perbuatan "HALAL"...


Ketahuilah saudaraku..Para ulama berpesan lagi...kepada sesiapa yang ingin mengurangi angan-angannya, maka Allah akan memuliakannya dengan empat kemuliaan, iaitu:



1. Diberi kekuatan untuk taat...Sebab mereka yang kurang angan-angan sentiasa berasa akan kematian yang hampir tiba. Mereka tidak memikirkan apa yang dihadapinya daripada kesukaran dan rajin melakukan ketaatan, maka bertambah banyak amalannya.


2. Kurang kerisauannya..Sebab jika dia berasa tidak lama lagi akan mati, maka dia tidak memikirkan apa yang dihadapi daripada kesukaran.


3. Reda dengan kehidupan yang sederhana...Sebab apabila mereka berasa tidak lama lagi akan mati, maka mereka tidak perlu mencari banyak harta dan sememangnya harta yang dicari itu ditujukan untuk akhirat.

dan yang khirnya...


4. Allah akan menerangkan hatinya.....


Oleh itu saudaraku...kita bukan tidak boleh berangan-angan..Tetapi biarlah hati kita sentiasa berangan-angan mendapat keradaan Allah s.w.t di dunia dan keradaan di akhirat...Amin!!!!!
Related Posts with Thumbnails