Followers

Thursday, November 12, 2009

TIGA DARJAH IMAN


Tinggi dan rendah darjah iman... hanya ditentukan oleh Allah, hanya orang yang berkenaan sahaja yang dapat merasai kelazatan iman dan orang lain sama sekali tidak dapat melihatnya...

Allah berfirman dalam surah Al-Anfal :2. yang bermaksud:

   "Sesungguhnya hati orang yang beriman itu sentiasa gementar apabila menyebut nama Tuhan (Allah) dan apabila membaca (diperdengarkan) ayat al-Quran, semakin bertambah iman mereka."


DARJAH IMAN TERBAHAGI KEPADA TIGA:

1. Iman yang didasarkan atas pengetahuan dan ilmu yang disampaikan atau diajar oleh guru agama. Keimanan ini belum tentu berkesan dalam sanubari seseorang itu.


2. Iman yang diiringi beberapa bukti amal solih. Seseorang itu dapat merasakan kesan pengaruh iman dalam kehidupannya.


3. Iman yang benar-benar berkesan dalam hidupnya. Iman seperti ini benar-benar berkesan seumpama orang lapar sedang menikmati hidangan.


Dalam perkara ini, Rasulullah bersabda yang mahfumnya:

   " Sesiapa yang padanya ada tiga perkara, maka ia akan merasakan kemanisan iman. Pertama; mencintai Allah dan RasulNya melebihi cintanya kepada orang lain. Kedua; mencintai manusia lantaran cintanya kepada Allah dan Ketiga; benci untuk kembali kepada kekufuran dan kemungkaran." (HR: Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails