Followers

Tuesday, November 17, 2009

INGAT ALLAH DALAM susah DAN senang



Manusia... dilahirkan ke dunia ini adalah menjadi lumrah untuk diuji dengan pelbagai dugaan oleh Maha PenciptaNya. Adakalanya manusia gagal mempertahankan "imannya" dengan pelbagai ujian yang tidak terjangka oleh akal fikiran.Seringkali kita terbaca di dada-dada akhbar, kita mendengar dan melihat di kaca TV serta mendengar di corong radio melaporkan ramai di kalangan manusia yang tidak tahan dengan dugaan dunia telah mengambil jalan pintas dengan "MEMBUNUH DIRI"....nauzubillah..minzalik.!!!



Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Dugaan yang datang dari Allah ini terdapat dalam pelbagai bentuk..adakalanya dalam bentuk kesakitan, kesusahan, kesempitan hidup...malah terdapat dugaan dalam bentuk kesenangan yang tidak kita sedari...



Ketahuilah saudaraku...orang Islam. Dugaan ini datang kadangkala semasa kita baru lahir, setengahnya ketika semasa bekerja atau belajar...tidak kiralah masa bila ia datang. Anggaplah semua itu sebagai dugaan dari Allah untuk "menguji keimanan"  dan mungkin satu "kifarah" kepada kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini...



Wahai saudaraku...orang Islam. Bagaimanakah cara terbaik untuk kita menangani dugaan ??? Cara terbaiknya ialah dengan terus mengingati Allah s.w.t. Tidak kira sama ada kita senang atau susah, inggatlah Allah sebagai tempat kita mengadu dan memohon pertolongan.



Janganlah saudaraku... menjadi  orang yang hanya mengingati Allah kita susah sahaja, malah sewaktu kita berada dalam kegembiraan sepatutnya lebih lagi kita mengingatiNya. Ini sebagai tanda kita bersyukur dengan nikmat yang diturunkanNya kepada kita..



Firman Allah dalam Surah Ar-Rum: Ayat:33, yang bermaksud:
" Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka menyeru tuhanNya dengan kembali bertaubat kepadaNya. Kemudian apabila tuhan memberikan kepada mereka sedikit rahmatNya, tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukan Tuhannya."



Bersama-samalah kita berdoa...mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan mereka yang beriman dan tidak lupa daratan. Semoga kita sentiasa mengingati Allah ketika kita susah dan tidak melalaikan diri mengingati Allah ketika senang. Mudah-mudahan kita mendapat keuntungan.....amin!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails