Followers

Friday, November 13, 2009

KEPENTINGAN SOLAT DALAM WAKTUNYA


Sedarilah wahai saudaraku..  orang Islam (sekiranya anda terlibat), sudah berapa banyakkah saudara meninggalkan kepatuhan kepada Allah dan sudah berapa kalikah saudara meninggalkan "solat" sehingga jadilah "Islam" itu berada pada suatu "jalan", sedangkan saudara sendiri berada pada suatu jalan yang lain.


Wahai saudaraku....orang Islam, sehingga bilakah lagi saudara hendak melengah-lengahkan solat, sedangkan solat itu merupakan tiang Agama dan asas Islam.....


Percayalah saudaraku....orang Islam, rahsia keselamatan dan pokok kejayaan hidup adalah dengan menjaga solat dan mengerjakannya bila tiba waktunya..Solat juga merupakan suatu "Perjanjian" Allah ke atas orang-orang Islam yang telah diamanahkan kepada Rasulullah s.w.a dikerjakan oleh umat baginda ketika diMikrajkan dahulu..sedangkan saudara tidak mementingkan solat, melengah atau tidak bersolat sehingga keluar dari waktunya...


Wahai saudaraku .... orang Islam, adakah tindakan saudara itu bertujuan untuk merendah-rendahkan Agama Islam? atau saudara merasa meragui tentang "kefarduannya" atau saudara tidak gentar dengan seksaaanNya sehingga saudara mengerjakannya keluar dari waktunya...bertambah teruk lagi bagi mereka yang terus meninggalkan  solat terus-menerus.....

Atau


Wahai saudaraku.... orang Islam, adakah saudara menyangka bahawa sesiapa yang melengah-lengahkan solat itu tidak mengapa?...sedangkan solat itu merupakan suatu ikatan dalam Islam...saudaraku, tidakkah saudara merasa tercela  jika melengah-lengahkan solat??


Ketahuilah saudaraku... orang Islam, bahawa mereka yang meninggalkan solat itu adalah tergolong di kalangan manusia yang "terlepas dari pemeliharaan Allah dan Pengawasan RasulNya, dan dia juga berada dalam "kehidupan yang sempit" sama ada dia hidup atau mati...Lebih menyedihkan lagi..saudaraku, mereka itu akan dihumban ke Neraka tempat pulang mereka yang kekal abadi....


Ketahuilah saudaraku... orang Islam, tiadalah seorangpun yang berani melengah-lengahkan, meninggalkan solat atau terkeluar dari waktunya.. .melainkan mereka ialah orang yang telah ditetapkan kecelakannya dan besar dosanya. Mereka itulah golongan yang menyesal berpanjangan, merasa diri rugi dan sentiasa hidup dalam kecemasan..Betapa tidaknya??


Sesungguhnya Allah s.w.t  telah berfirman mengenai kefarduan solat dan membesarkan kepentingannya dengan firmanNya:
      "Sungguhnya solat itu menjadi kewajipan orang-orang Mukmin di mana dia difardhukan
        berwaktu (mesti dilaksanakan dalam waktunya yang terbatas)." (An-Nisaa:103)


Ketahuilah saudaraku.... orang Islam, sebenarnya solat itu adalah sebagai suatu tanda kesyukuran manusia kepada Tuhan Pencipta yang menciptakan kita. Apatah lagi Allah menciptakan manusia satu makhluk yang cukup istimewa kerana diberi "Akal" dan :"Nafsu" serta "Beriman(Islam)".


Ingatlah saudaraku.... orang Islam, keistimewaan manusia ialah bila Allah memfardhukan solat dan mempunyai peraturan waktunya. Ini mengambarkaqn Allah beri peluang kepada manusia beriman bertemu Allah dalam solat sebanyak lima kali dalam sehari semalam...yang tidak difardhukan kepada mahluk lain..inilah keistimewaan manusia wahai saudaraku..

Oleh itu saudaraku...orang Islam, sebagai hamba kita perlulah amat malu terhadapNya disamping kita mengerjakan solat pada waktunya bagi mengambarkan kita cinta dan kasih kepadaNya...


Ketahuilah saudaraku...orang Islam, Allah s.w.t tidaklah mempunyai apa-apa kepentingan terhadap sembahan (solat) yang manusia lakukan kepadaNya, dan Allah juga tidak menjadi apa-apa kepadaNya sama ada sebahagian manusia melakukan atau tidak solat!!!!!! 


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails