Followers

Tuesday, November 10, 2009

MENSYUKURI REZEKI





Makan ...biar berpada-pada, jangan gelojoh atau terlalu berlebih-lebihan. Kita hendaklah bersykur dengan setiap rezeki kurniaan Allah s.w.t. Sama ada ianya sedikit atau banyak semuanya itu ketentuan dariNya, yang penting ianya halal dan mendapat berkhat.



Makanan..yang sedikitpun mampu mengenyangkan sekiranya kita makan dengan penuh kesyukuran. Sementera makanan yang banyak..janganlah sesekali kita membazir..bersedekahlah kepada yang memerlukannya. Sesungguhnya membazirkan makanan itu adalah perbuatan...Syaitan!!!



Daripada Jabir bin Abdullah, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Makanan seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang, dan makanan untuk empat orang cukup untuk lapan orang" (Sahih Muslim)
Dalam satu kisah, Abu Hurairah menceritakan, Rasulullah s.a.w menerima tetamu seorang kafir. Baginda menyuruh seorang memerah susu seekor kambing untuk minuman tetamunya. Susu itu lalu habis diminum oleh tetamu baginda. Kemudian baginda menyuruh diperah susu seekor kambing lagi.Juga habis diminum oleh tetamunya itu. Baginda menyuruh memerah lagi susu kambing yang lain. Lalu diminum hingga habis oleh tetamunya itu sehingga tujuh ekor kambing semuanya.



Keesokan harinya...tetamunya itu memeluk agama Islam. Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya diperah susu seekor kambing lagi untuk minuman tetamu yang memeluk Islam itu. Susu itu habis diminum. Kemudian baginda menyuruh orang memerah susu kambing yang lain. bagaimanapun...tetamunya itu tidak mampu lagi menghabiskan susu itu.Melihat kejadian itu...Rasulullah s.a.w...bersabda:

" Orang mukmin minum dengan satu perut dan orang  kafir minum dengan tujuh perut".
(Sahih Muslim)


Semoga kita mendapat pengajaran daripada hadis yang paparkan...



Sesungguhnya rezeki itu adalah ketentuan Allah s.w.t..janganlah kita terlalu ghairah mengejar kekayaan dunia tanpa mengambil kira halal atau haramnya pendapatan itu....
Kata orang....bukan senang nak jadi senang...tetapi kata orang...memang senang nak jadi susah...jika kita tersilap langkah melaburkan wang...!!!!





Biarlah rezeki yang kita cari itu sedikit-sedikit...asalkan kita tidak merana kerana hendak mengejar kekayaan sehingga kita lupa yang menentukan rezeki ialah Allah s.w.t...


Peringaan!!!!!bagi mereka yang mudah lupa....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails