Followers

Thursday, November 12, 2009

MENJAGA KESIHATAN MENGIKUT CARA ISLAM

Islam..menekankan bersungguh-sungguh agar manusia menjaga dan memelihara tubuh badan mereka.Tubuh badan adalah amanah yang diberikan oleh Allah. Ianya tidak boleh dirosakkan sewenang-wenangnya, malah wajib dijaga dan dipelihara kerana ia merupakan aset utama manusia untuk melaksanakan peranan mereka di atas muka bumi sebagai "Abid" dan "Khalifah" Allah. Allah bersabda:
.
            "....dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan....(al-Baqarah:195)

Menjaga dari kebinasaan di dunia ialah dengan mengelakkan diri dari kecederaan, makanan yang memudaratkan dan sebagainya. Manakala menjaga dari kebinasaan di akhirat ialah dengan mengelak dari melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t iaitu berbuat dosa dan maksiat. Mereka yang berdosa dan bergelumang dengan maksiat, kemungkinan besar akan dihumban ke dalam api neraka. Perbuatan ini seolah mereka mencampakkan diri mereka kelembah kebinasaan.


Telah ..dijelaskan tadi bahawa pada pandangan Islam, kesihatan perlu dijaga dan dipelihara oleh manusia merangkumi dua jenis, iaitu kesihatan rohani (dalaman/iman) dan kesihatan jasmani(yakni jasad atau tubuh badan). Jika kedua-dua ini kita jaga, insyaallah kita akan mendapat kebahgiaan bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak...


Bagaimana menjaga kesihatan rohani:
Rohani manusia..berpusat pada hatinya. Kerana itu, untuk menjaga kesihatan rohani, kita perlu menjaga hati kita. Jika kita dapati hati kita berpenyakit, hendaklah segera kita mengubatinya dengan cara pengubatan rohani yang digariskan oleh ajaran Agama Islam atau yang telah ditetapkan oleh Syarak.


 

Menurut ulamak...hati manusia mempunyai tiga jenis:
1.Hati yang hidup: Iaitu hati yang beriman dan bersih dari segala perasaan riak, ujub, takbur, hasad, nifaq dan sebagainya.


2. Hati yang mati: Iaitu hati bagi orang kafir


3. Hati yang bernyakit: iaitu hati yang beriman akan tetapi diselaputi dengan penyakit-penyakit hati seperti hasad dan dengki.


Bagaimana ..untuk memastikan hati kita sentiasa bersih dan tidak berpenyakit?


1. Sentiasa mengingati Allah dengan mengerjakan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, berselawat, menghadiri majlis-majlis ilmu dan sebagainya.


2. Menjauhi segala perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah.



Akibat dari dosa....
Untuk menjaga kesihatan rohani..kita hendaklah perbanyakkan berzikir dan juga menjauhkan diri dari maksiat dan dosa..Dosa akan menyebabkan hati manusia rosak dan sakit. Kesan dosa kepada hati telah disabdakan oleh Rasulullah:
"Seseorang hamba jika melakukan suatu dosa, akan muncullah satu titik hitam dalam hatinya. Jika ia menanggalkan dosa itu, kemudian beristighafar dan memohon ampun dari Allah, akan gilaplah kembali hatinya. namun jika ia kembali melakukan dosa, maka akan bertambahlah titik hitam dalam hatinya hingga akhirnya meliputi keseluruhan hatinya....."'(HR:Imam Ahmad, At-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)



Menurut Al-'Allamah Ibnu Qayyim al-Jauziah" perbuatan dosa dan maksiat akan melahirkan beberapa kesan kepada diri dan kehidupan manusia...
a. Kurang mendapat taufik dari Allah s.w.t.
b. Hati menjadi rosak
c. Rosaknya pandangan dan aqal fikiran
d. Terhijabnya diri dari mengenali kebenaran
e.Nama kita dipandang rendah disisi masyarakat
f. waktu dalam kehidupan mereka akan terbuang sia-sia
g.Tidak disukai oleh makhluk Allah (termasuk binatang dan malaikat)

h. Hubungan dengan Allah akan menjadi renggang.
i. Terhalang dari mendapat ilmu/ susah untuk belajar
j. Hati menjadi keras
k.Hidup berterusan dalam keadaan hina dina
l.Diuji oleh Allah dengan teman dan kawan yang jahat

m.Sentiasa dalam keadaan dukacita dan kebimbangan
n.Tidak ada keberkhatan pada rezeki dan umur......serta banyak lagi......(Al-Fawaid, al-"Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziah, hlm.67)


Bagaimana Menjaga Kesihatan Jasmani:
Bagi menjaga kebersihan jasmani, kita perlulah memeliharanya mengikut ajaran Islam, iaitu dengan ;


1. Menjaga Kebersihan.
-Iaitu setiap umat Islam dituntut supaya bersuci dari hadas dan najis setiap kali apabila mereka ingin mengerjakan solat, tawaf, membaca al-Quran dan sebagainya. Tidak  sah solat tanpa bersuci sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

   "Tidak diterima solat tanpa bersuci," (HR: Imam Muslim)


2. Menjaga Makanan dan Cara Makan.
- Agama Islam hanya membenarkan penganutnya memakan makanan yang baik dari sumber yang halal, tidak keji, kotor dan memudharatkan. Seperti firman Allah," Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan rezeki kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepadanya." (al-Baqarah:172)

-Makan yang baik ialah makanan yang mempunyai ciri berikut:
a. Dihalalkan oleh Allah
b. Tidak memudharatkan akan dan tubuh badan eg: arak, dadah
c. Tidak dipandang keji oleh manusia eg:duit rasuah, duit curi
d. Berkhasiat dan bermanfaat untuk tubuh badan.


Mengenai cara makan..., Islam menetapkan beberap adap seperti berikut:

a. Membaca Bismillah sebelum makan dan makan dengan tangan kanan.
   Berkata Ibnul-Qayyim ai-Jauziya;"Membaca Bismillah permulaan makan dan minum dan mengucapkan al- Hamdulillah di akhirnya memberi kesan yang hebat terhadap manfaat makanan dan menolak kemudharatannya."


b. Jangan makan dan minum berlebihan.
   - Allah berfirman: "...dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan (membazir)."(al-A'raf:31)



c. Duduk dengan betul.
- Duduk dengan betul membantu proses penghadaman makanan. Terdapat dalam hadis meriwayatkan baginda Rasulullah bersabda:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang seseorang makan sambil ia meniarap," (HR: Ibnu Majah)


d. Jangan tidur selepas makan.
- Rasulullah melarang keras tidur selepas makan, ini kerana perbuatan itu akan mengeraskan hati. Terdapata juga hadis di mana baginda bersabda:" Hancurkan makanan kamu dengan solat dan janganlah kamu tidur selepas makan, nescaya hati kamu akan keras." (HR: Imam at-Thabrani)



e. Jangan bernafas ke dalam bekas minuman.
- Abu said al-Khudri menceritakan; Rasullullah s.a.w melarang daripada minum dari bekas yang pecah dan melarang bernafas di dalam bekas air". (HR:Abu Daud)


f. Jangan dihabiskan dengan satu teguk.
- Rasulullah bersabda: " Janganlah kamu minum dengan satu teguk seperti cara minumnya unta. Akan tetapi minumlah dengan dua atau tiga teguk. Dan sebutlash "Bismillah" bila kamu hendak minum dan katakanlah "Alhamdulillah" bila kamu selesai. (HR: Tirmizi)


g. Jangan gopoh gapah ketika makan atau minum.
- Ketika makan atau minum hendaklah dalam keadaan tenang dan tidak gopoh gapah atau gelojoh. Sebagaimana Rasulullah bersabda:" Apabila kamu minum air, minumlah dengan lembut dan perlahan-lahan dan janganlah meneguknya secara kasar(sekaligus) kerana ia boleh mendatangkan sakit dada." (HR:Imam ad-Dailami)



h. Makan secara berjamaah.
- Rasulullah bersabda: "Makan yang paling disukai Allah ialah yang banyak tangan (makan beramai-ramai)".(HR: Imam Abu Ya'la)


i. Jangan biarkan makanan terdedah.

-janganlah biarkan makanan terdedah kepada debu, serangga atau udara terbuka kerana ia boleh mendatangkan penyakit. Sabda Rasulullah s.a.w." Tutuplah wadah(bekas makanan), ikatlah bekas minuman, kuncilah pintu-pintu rumah dan padamkan lampu kerana sesungguhnya Syaitan tidak boleh membuka simpul bekas minuman, tidak boleh membuka pintu dan tidak berupaya membuka wadah makanan. Jika seorang dari kamu tidak menemui sesuatu untuk menutup bekas makanannya, memadailah dengan melintangkan kayu di atasnya dan membaca "Bismillah", maka hendaklah ia melakukannya...(HR: Imam Muslim dan Ibnu Majah)


j. Jangan makan makanan yang masih panas.


- Kita minum atau makan, seeloknya air atau makanan itu dalam keadaan suhunya yang sederhana panas atau tidak terlalu sejuk kerana minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk boleh menjejaskan kesihatan. Sabda Rasulullah:"Nabi s.a.w tidak suka memakan makanan yang panas hinggalah hilang kepulan asapnya." (HR: Imam at-Thabrani)


k. Akhiri makan dengan mengucapka "Al-Hamdulillah".
-Selesai menikmati makanan atau minuman, ucapkanlah "Al-Hamdulillah"...








Semoga apa yang paparkan ini sedikit sebanyak menjadi panduan kepada kita semua, agar kita bukan sahaja dapat menjaga kesihatan tubuh badan di dunia ini, agar mudah kita beribadat kepadaNya...malah semoga apa yang kita makan atau minum itu mendapat "Hasanah di akhirat" kelak..amin yarabbalalimin...

     


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails