Followers

Friday, November 13, 2009

PENYESALAN ADALAH TAUBAT



Dosa.. adalah racun yang merosakkan jiwa, hati dan agama. Jika seseorang menyedari akan dosa yang dilakukan...kita sering terasa seperti ada sesuatu kesakitan dalam hati kita. Kesakitan yang dirasakan itu adalah merupakan perasaan yang timbul akibat penyesalan!!!!!!...




Penomena..ini bertepatan dengan suatu hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
  "Penyesalan adalah taubat" (RH: Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim) 




Manakala Allah berfirma dalam Surah Tahrim:Ayat 8 yang bermaksud;

    "Hai sekalian orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang     bersungguh-sunguh (nasuha)


Taubat Nasuha...bermaksud suatu taubat  yang memberi nasihat baik kepada diri kita sendiri...serta  dilakukan dengan penuh ikhlas  dan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan keredaan dari Allah s.w.t. Manusia memang tidak terlepas dari melakukan kesalahan, melainkan manusia yang bernama Nabi yang bersifat Maksum (bebas dari melakukan dosa).  Namun begitu.....sebaik-baik manusia ialah mereka yang cepat menyedari kesalahan dan segera bertaubat!!!!!...


Oleh itu wahai saudaraku....apabila kita telah melakukan sesuatu yang menyakitkan hati atau bertentangan dengan hukum syarak..cepat- cepatlah bertaubat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails