Followers

Tuesday, December 8, 2009

10 KEAJAIBAN pada 10 MUHARAM


Bulan Muharam adalah permulaan Tahun Baru Islam (Hijrah) bagi umat Islam. Setiap kali ketibaan bulan Muharam dalam kalender Hijrah, umat Islam dituntut untuk melakukan ibadah-ibadah sunat pada bulan Muharam terutama menjelang 10 Muharam kerana Allah s.w.t akan melimpahkan rahmatNya..Persoalannya kenapa 10 Muharam? Bukan 1 Muharam dan pada tarikh-tarikh lain dalam bulan itu?...


Ketahuilah saudaraku..10 Muharam terdapat 10 KEAJAIBAN perkara berlaku pada tarikh tersebut seperti yang digambarkan dalam Al-Quran, iaitu:


1. Bahtera Nabi Noh As terdampar di "Bukit Judi" berlaku pada 10 Muharam. Nabi Nuh As dan pengikutnya-pengikutnya apabila turun dari bahteranya merasa lapar dan dahaga, sedangkan bekalan masing-masing telah habis ketika banjir besar melanda. Nabi Nuh memerintahkan supaya masing-masing membawa satu genggam biji-bijian dari apa jenis yang ada pada mereka. Lalu terkumpullah tujuh jenis bijian dan dicampurkan kesemuanya untuk dimasak menjadi bubur. Dari peristiwa ini umat Islam sekarang (terutama orang Melayu) sering melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan apabila menjelang bulan Muharam. Ini tidak ada dalam HADIS yang mengatakan kita perlu membuat "bubur Asyura". Apa yang patut dilakukan ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharam dan berdoa di awal Muharam. Dari Hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w ditanya fadilat puasa di hari Asyura, maka baginda menjawab:'
    " Menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu".

Ketahuilah saudaraku..orang Islam..Membuat bubur Asyura hanyalah sekadar untuk mengingati peristiwa yang berlaku kepada umat Nabi Nuh As. Cuma yang tidak betulnya, sebilangan Umat Melayu membuat bubur Asyura  sedangkan mereka "tidak berpuasa" . Perbuatan ini berlawanan dengan perbuatan Rasulullah s.a.w. dalam hadis tidak ada mengatakan kita perlu buat "bubur Asyura" , tetapi ada menyebut kita disunatkan berpuasa pada sembilan dan sepuluh Muharam.


2. Allah telah menerima taubat Nabi Adam As setelah dicampakkan ke dunia kerana terpedaya dengan pujukan syaitan apabila memakan buah "kuldi" yang dilarang oleh Allah. Penerimaan taubat Nabi Adam As ini berlaku pada 10 Muharam.


3. Seterusnya peristiwa Nabi Idris As diangkat ke langit daripada lapisan langit ke empat dalam peristiwa Israk dan Mikraj juga berlaku pada 10 Muharam.


4. Pada 10 Muharam juga lahirnya Nabi Ibrahim As.


5. Pada 10 Muharam juga Allah telah mengangkat Nabi Ibrahim sebagai "Kalil" (kekasih Allah) dan menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada api akibat dicampak oleh Raja Namrud juga berlaku pada 10 Muharam.


6. Kisah Nabi Sulaiman As yang dikembalikan kekuasaannya juga berlaku pada 10 Muharam.


7. Penyakit kulit yang dialami oleh Nabi Ayub As disembuhkan oleh Allah s.w.t serta memberi kerahmatan kepada Nabi Ayub, juga berlaku pada 10 Muharam.


8. Pada 10 Muharam juga Allah s.w.t telah selamatkan Nabi Musa daripada Firaun, apabila laut merah terbelah dan menenggelamkan Firaun dan tenteranya..


9. Allah s.w.t juga telah mengangkat Nabi Isa As ke langit pada 10 Muharam dan yang terakhir,


10. Nabi Yusuf As keluar dari penjara pada 10 Muharam setelah mentafsir mimpi raja.


Ketahuilah saudaraku..kita sebagi umat Islam yang mempercayai dan menghayati isi kandungan Al-Quran dan Hadis, apa jua hikmah yang tersirat di sebalik peristiwa-peristiwa 10 Muharam itu, hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahuinya....


Semoga kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431H ini kita mampu menyambutnya dengan pelbagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan juga mampu mengubah diri ke arah yang lebih baik...Amin!!!!

Sunday, December 6, 2009

SELAMAT TINGGAL ZULHIJJAH 1430H dan SELAMAT DATANG MUHARAM 1431H


Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan Tahun 1430H dengan kembalinya Jemaah Haji berperingkat-peringkat ke tanah air masing-masing. Semoga tetamu Allah ini mendapat "haji mabrur" dan mendapat keampunan dari Allah s.w.t.


Ketahuilah saudaraku..ramai di kalangan kita mengaku beragama Islam, tetapi pernahkah kita menyambut kedatangan tahun baru Islam Tahun Hijjiriah (Bulan Muharam) seperti mana kita sambut Tahun Baru Masihi. Malah paling menyedihkan pihak media atau pihak pemerintah yang mengakui kita ini "Negara Islam", langsung tidak menekankan akan betapa besarnya kelebihannya jika kita menyambut kedatangan Tahun Baru Hijjiriah dengan berdoa. Jika adapun hanya sambutan bacaan Yassin di masjid-masjid tertentu. Jika dibandingkan dengan sambutan tahun Baru Masihi...rakyat serta pemimpin negara sanggup berumbun menanti detik 12 malam untuk menyambut tahun Baru Masihi..


Ketahuilah saudaraku..orang Islam...Kurangnya peranan pihak tertentu yang tidak memberi penekanan kepada bulan-bulan penting dalam sejarah Islam, seperti "Fadilat Bulan Muharam", antara punca mengapa kehadiran bulan Muharam atau Tahun Baru Islam ini tidak disambut semeriah sambutan Tahun Baru Masihi 2010. Pihak pemerintah sanggup menghabiskan "jutaan ringgit" hanya semata-mata menampung kos "bunga api" bagi memeriahkan sambutan tersebut..malah paling menyedihkan lagi pengisian seterusnya dengan persembahan "konsert" oleh artis-artis, serta para remaja meminum "air kencing setan"...nauzubillah minjalik!!!


Ketahuilah saudaraku..orang Islam.Bulam Muharam adalah permulaan Tahun Baru (Hijrah) bagi umat Islam. Pada bulan Muharam ini umat Islam di seluruh dunia akan mengenang peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah dalam usaha baginda mengembangkan dakwah Islamiahnya. Oleh itu peristiwa hijrah ini perlu disambut lebih hebat daripada sambutan Tahun Baru Masihi, jika kita "melebalkan" negara kita ini "Negara Islam Contoh" kata sesetengah pihak..


Ketahuilah saudaraku..yang mengaku orang Islam...Bulan Muharam ini banyak kelebihannya sehingga Rasulullah tidak pernah tinggal berpuasa pada 9 dan 10 Muharam. Berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.wbersabda:
      "Sesungguhnya jika aku masih hidup hingga tahun mendatang, aku akan berpuasa di hari yang kesembilan".


Tetapi apa yang paling ditekan oleh orang "Melayu Islam" ialah pada tarikh keramat ini hanyalah "amalan membuat bubur Asyura" daripada berpuasa pada 9 dan 10 Muharam. Sepatutnya umat Islam menyambut kedatangan bulan Muharam ini dengan rasa keinsafan dan meningkatkan amalan mereka dengan berpuasa dan berdoa sempena berakhirnya dan bermulanya Tahun Baru Islam.


Wahai saudaraku orang Islam...Marilah pada tahun ini kita sama-sama bertekad menyambut Muharam dengan doa, iaitu berdoa selepas kita bersolat Asar pada hari terakhir bulan Zulhijah iaitu bulan akhir bagi kalender Islam diikuti selepas solat Magrib. Solat dan doa ini adalah lebih elok dilakukan bersama keluarga atau di masjid dan surau untuk bersama-sama bertafakur dan memohon taubat kepada Allah s.w.t. terhadap dosa-dosa kecil dan besar yang telah kita lakukan sepanjang tahun.



Wahai saudaraku orang Islam..berdoa akhir tahun dan awal tahun ini amat penting bagi umat Islam walaupun ia sunat dilakukan. Telah diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, Rasulullah s.a.w memberitahu mengenai kelebihan berpuasa dan juga kelebihan bulan Muharam itu sendiri di mana Allah telah mengampunkan dosa-dosa orang yang terdahulu dan mengampunkan dosa mereka yang masih hidup sekarang yang bertaubat kepadaNya.


Oleh itu..wahai saudaraku..orang Islam marilah kita Sambut Kedatangan MUHARAM 1431H dan kita Tinggalkan ZULHIJAH 1430H dengan melakukan doa selepas solat Asar dan doa menyambut Muharam 1431H selepas solat Magrib dan berpuasa pada 9 dan 10 Muharam, seperti mana yang dilkukan oleh Rasulullah s.a.w dan umat terdahulu untuk merebut "GANJARAN" pahala yang dijanjikan Allah s.w.t....Amin!!!

Tuesday, November 24, 2009

ISTERI sebagai LADANG SUAMI bercucuk tanam


Ketahuilah saudaraku..yang telah dan sedang teringin hendak berkahwin....Perkahwinan itu adalah "sunatullah" bagi mereka yang berkemampuan. Perkahwinan bukanlah satu "ikatan kontrak" antara lelaki dan perempuan. Sebaliknya ia adalah gabungan "dua hati", saling memberi dan menerima, memupukpersefahaman dan kasih sayang.


Ketahuilah saudaraku yang belum berkahwin...Melalui perkahwinan, kita bebas untuk menzahirkan perasaan kasih sayang dengan cara yang "HALAL" dan "TERHORMAT".

Seperti Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
    " Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir." (Al- Rum:21)


Oleh itu ketahuilah saudaraku, yang sudah berkahwin dan yang baru hendak berkahwin!!!! Allahlah yang menentukan jodoh kita dan Allah jualah yang memberikan perasaan kasih dan sayang di antara kita suami isteri. Jesteru itu jaga dan layanlah isteri..dan jadikanlah "ISTERI sebagai LADANG SUAMI bercucuk tanam" untuk menghasilkan "ZURIAT" yang soleh dan solehah.

Ini sesuai dengan peringatan Allah s.w.t yang bermaksud:
     "Isteri-isteri kamu adalah seperti ladang tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tempat bercucuk tanammu itu sebagaimana saha kamu kehendaki." (Al-Baqarah:223)

Monday, November 23, 2009

HARTA YANG manis DAN indah


Ketahuilah saudaraku.. semua orang menyukai harta dan inginkan kekayaan yang melimpah ruah. Tidak kiralah kekayaan itu dalam bentuk wang ringgit, emas dan perak, atau kekayaan dalam bentuk harta benda seperti rumah mewah, kereta mewah atau harta tanah yang menjadi kebanggaan manusia...

Tetapi ketahuilah saudaraku..Apakah harta yang manis dan paling indah di sisi hukum syarak?. Rasulullah sendiri mengakui bahawa harta adalah sesuatu yang indah dan manis. Tetapi ketahuilah saudaraku..harta itu juga jika kita salah gunakan ia akan membawa kita ke neraka jahannam. Kadangkala dengan hartalah Ibu dan Bapa boleh bercerai-berai, adik beradik boleh berbunuh-bunuhan dan saudara-mara boleh bermasam muka dan tidak bertegur sapa..nauzubillah..minzalik


Harta yang manis dan paling indah adalah seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
   "Sesungguhnya harta itu indah dan menarik lagi manis sekali. Tetapi sebaik-baik harta seorang Muslim ialah yang diberikan sebahagiannya kepada orang miskin, anak yatim dan ibnu sabil."(HR:Bukhari dan Muslim)

Ketahuilah saudaraku..sebenar-benar harta yang kita miliki di sisi Allah s.w.t ialah harta yang diimpaqkan ke jalan "Fisabilillah". Salah cara untuk kita jadikan harta itu manis dan indah ialah dengan mengeluarkan "zakat" bagi yang cukup haul dan nisabnya. Tetapi bagi yang diwajib membayar zakat, kita boleh jadikan harta kita itu manis seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah tadi, iaitu banyakan bersedekah.

Ketahuilah saudaraku.. Zakat adalah suatu amalan yang sangat dituntut (wajib) bagi yang mampu, kerana melalui amalan ini kita dapat membantu sesama umat Islam. Ia adalah satu rukun Islam dan sekaligus mengukuhkan kekuatan jemaaah Islam dalam ekonomi.


Yakinlah saudaraku..melalui amalan bantu-membantu, ia dapat memberikan kekuatan kepada orang Islam secara total untuk membina sebuah masyarakat yang madani dan berdaya saing....amin!!!!


Mudah-mudahan kita semua akan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t dan seterusnya kita dapat mengelaurkan "ZAKAT" atau "BERSEDEKAH" dan seterusnya dapat menunaikan ibadat rukun yang lain seperti mengerjakan "HAJI" ke Baitullahlilharam...amin..yarabbalalamin!!!! 

Sunday, November 22, 2009

PANDUAN memilih SAHABAT dalam ISLAM


Ketahuilah saudaraku..Aidil Adha bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Majis kunjung-mengunjungi rumah saudara sesama Islam amat dituntut dan digalakkan. Disamping kita mengeratkan hubungan silatulrahim, kita juga dapat mengukuhkan hubungan sesama umat Islam.


Dalam kegembiraan kita menyambut hari perayaan begini..janganlah kita menyambutnya sehingga kita lupa akan "Batas pergaulan dalam Agama Islam".Memang benar bergaul sesama insan adalah keperluan utama dalam memenuhi tuntutan hidup seseorang manusia. Semua orang di dalam dunia ini memerlukan kawan atau sahabat, kerana kita tidak mungkin dapat hidup bersendirian.

Namun begitu Islam telah menggariskan beberapa panduan tertentu dalam kita memilih sahabat. Ini kerana jika kita tersilap pilih sahabat, ia boleh menjerumuskan kita ke lembah kehinaan dan kejahatan. Antara panduan memilih sahabat adalah:

1.Bersahabatllah dengan orang yang sentiasa beribadat kepada Allah.
2. Janganlah bersahabat dengan orang yang "fasik" tau perpaling dengan ajaran Islam.
3. Janganlah bersahabat dengan orang yang mengutamakan dunia semata-mata.

Oleh itu wahai saudaraku..Dalam kita memilih kawan ,kita hendaklah mengamalkan prinsip persahabatan yang digariskan seperti diatas. Ini bertepatan dengan hadis yang jelaskan oleh Rasulullah s.a.w yng bermaksud:

  "Hendaklah seseorang itu memerhatikan siapakah yang harus dipilihnya menjadi rakan" (HR: Abu Daud dan Tarmizi)

Saturday, November 21, 2009

RUANG kebaikan AMAT luas SEKALI


Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Ruang untuk kita melakukan kebaikan sememangnya luas terbentang kepada  kita semua. Tidak kira siapa kita, apa jua jawatan kita, apa juga kedudukan kita, apa juga darjat kita..raja atau rakyat biasa, atau  apa jantina kita, tiada halangan untuk kita melakukan kebaikan. 

Oleh itu wahai saudaraku...orang Islam. Sudah sewajarnya kita "bersyukur" kepada Allah s.w.t kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana umat Nabi Muhammad s.a.w adalah umat pilihan, seperti mana Firman Allah:
    "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kerana menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara mungkar (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah ( dengan sebenar-benar iman) " (Ali-Imran:110)


Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Oleh kerana ruang untuk melakukan kebaikan teramatlah luas. Maka setiap saat, setiap masa rebutlah peluang melakukan "yang ma'ruff" dan tinggalkan yang "mungkar". Biarlah setiap saat hidup kita sentiasa melakukan kebaikan. Walaupun perbuatan kita itu dilihat seperti tidak berfaedah, contohnya "membuang ranting kayu atau duri di jalanan" itu sudah dianggap kita sudah melakukan kebaikan.

Bagaimana kita nak melakukan kebaikan????
Jika kita berjiran..menjaga rumah jiran atau memerhatikan keselamatan rumah jiran sewaktu cuti sekolah ini. Jika seorang guru...mengajarlah anak murid dengan penuh ikhlas . Jika saudara seorang pekerja pejabat...saudara boleh melakukan kebaikan dengan beramanah melakukan tugas. Jika suadara seorang "PEMERINTAH" ...perintahlah negara seamanah yang boleh, seperti mana yang dilakukan oleh UMAR BIN ABDUL AZIZ. Jika saudara seorang raja...tadbirlah negara seperti mana yang dilakukan oleh SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH....


Pendek kata...walau apa pun kedudukan saudara, pangkat saudara, martabat saudara..lakukanlah sebarang kebaikan dalam hidup saudara dengan cara tersendiri, agar saudara tidak menyesal di kemudian hari..Janganlah di saat "sakaratul maut" hampir tiba..barulah saudara merayu kepada Allah s.w.t agar dilanjutkan usia walaupun seketika agar saudara boleh melakukan kebaikan...

Wahai saudaraku..orang Islam..Belum terlambat untuk kita melakukan kebaikan!!!!!Rebutlah peluang umur serta kesihatan  yang Allah berikan ini untuk melakukan sebanyak-banyak mungkin "KEBAIKAN"...kerana "RUANG kebaikan AMAT luas SEKALI!!!!!!".....amin..

Friday, November 20, 2009

PAKAIAN ADALAH nikmat DARI ALLAH


Ketahuilah saudaraku....orang Islam. Pakaian merupakan satu nikmat anugerah dari Allah. Setelah Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari Syurga dan dicampak ke dunia ini, kedua-dua mereka tidak ada sehelai kain atau seurat benang menutupi tubuh mereka.


Allah s.w.t telah memberi ilham kepada Nabi Adam dan Hawa bagaimana untuk menutupi tubuh mereka. Bermacam-macam cara manusia sejak Adam dan Hawa menggunakan alat untuk menutupi tubuh badan mereka, sehinggalah tercipta sekarang ini berjenis-jenis pakaian untuk menutupi tubuh manusia..


Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Adakah cara kita berpakaian benar-benar kita mematuhi apa yang dikehendaki oleh hukum syarak. Ramai di kalangan kita mengaku beragama Islam...Tetapi yang lelakinya masih ramai berseluar pendek atas paras lutut..Kalau nak ceritakan cara berpakaian bagi kaum wanita yang mengaku dirinya Islam....masyaallah...seluarnya ketat, sendat, melekat dan sengkat (kadang kala menampakkan lurah..kemaluan mereka) Begitu juga baju yang dipakai "T-shirt" ketat, melekat, pendek dan menonjolkan betapa tingginya "Gunung" masing-masing..Lebih menyedihkan terdapat setengahnya memakai baju yang "jarang" dan hanya bahagian "gunung" ditutup dengan kain yang tebal atau "baju kutang" Kebanyakkan gadis-gadis termasuk" mak-mak gadis" yang tidak sedar diri memakai pakaian begini..nauzubillah..minzalik.


Katahuilah saudaraku....orang Islam. Golongan ini bila ditegur seringkali melafaskan kata-kata "Jangan suka jaga tepi kain orang lain"..Memang sekarang ini kita kena jaga tepi kain mereka...sebab mereka pakai baju "tidak cukup kain" .Terbelah sana, terbelah sini..menampakkan "luruh gunung" masing-masing..


Ingatlah saudaraku...yang mengaku orang Islam...Pakaian merupakan nikmat Allah yang dikurniakan kepada manusia (kalau binatang senang tak payah pakai baju dan seluar).Oleh itu tidak kira di mana kita berada, sama ada di rumah, di pejabat atau ketika kita bersiar-siar,..pastikan kita berpakaian sesuai dan menjaga ketarampilan dan batas hukum syarak cara berpakaian "orang Islam" bukan cara berpakaian "orang utan". Elakkan berpakaian comot, menjolok mata dan sebagainya..ini kerana secara tidak langsung ia akan menjejaskan kredibiliti seseorang "muslim" dan "muslimah".


Katahuilah saudaraku..orang Islam. Yang penting, walau apa pun pakaian yang disarungkan ke tubuh, kita hendaklah letakkan niat bahawa cara pemakaian kita itu memenuhi tuntutan syarak..bukan memenuhi tuntutan "hawa nafsu" orang yang memandang..


Ingatlah wahai saudaraku..orang Islam. Allah telah mengingatkan manusia cara berpakaian, seperti Firmannya dalam :Surah al-A'raaf:26:
      "Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda kekuasaan Allah. Mudah-mudahan mereka selalu ingat...."
 
Related Posts with Thumbnails