Followers

Friday, January 1, 2010

TAHUN BARU 2010 - HIDUP bukan Hanya MERANCANG, tetapi Perlu MUHASABAH


Assalamualaikum...n Selamat Datang Tahun Masihi 2010..


Ketahuilah saudaraku..sempena kedatangan tahun baru, sudah tentu di kalangan kita mempunyai azam baru dan "merancang" sebaik mungkin azam tersebut supaya semuanya tercapai seperti apa yang dirancangkan. Bagi pihak kerajaan semua menteri-menteri dan YB (Yang Berkhidmat) bukan YB(Yang Berhormat..Bila anggap diri Yang Berhormat.. maka kita dapati ramai YB-YB sekarang "naik tocang", supaya dia dihormat. Tak sedar diri!!! mereka naik YB bukan kerana kelulusan, tetapi kerana "undian"..oleh itu hati-hati YB...PRU13 sudah hampir!!!) mempunyai KPI masing-masing untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.Jika KPI buruk ...takut-takut tidak terpilih di PRU 13..


 Bagi Kementerian Pelajaran, para pendidik sibuk dikerahkan supaya membuat "Perancangan Strategik" yang dahulunya dikenali sebagai "BLUE PRINT" iaitu Perancangan 5 Tahun. Kehebatan setiap jabatan sekarang ini dinilai sejauh mana hebat mereka merancang "Perancangan Strategik" dengan begitu baik dan tersusun daripada A hingga Z.


Ketahuilah saudaraku..Selalu merancang sebelum memulakan sesuatu kerja memang suatu amalan yang baik. Bagi seorang guru di sekolah, mereka sibuk merancang bila hari terbuka sekolah, hari sukan tahunan, sambutan bulan kemerdekaan, hari guru dan bermacam-macam program lain. Bukan itu sahaja bahkan sekarang ini mereka sibuk menyediakan "Rancangan Mengajar Tahunan" dan setiap hari sibuk pula membuat "Rancangan Mengajar Harian"...inilah dunia seorang yang bergelar pendidik sanggup berkorban diri untuk menerangi orang lain, ibarat seperti "LILIN... SANGGUP MEMBAKAR DIRI, UNTUK MENERANGI ORANG LAIN"....


Ketahuilah saudaraku...bila tahun baru tiba, maka alam persekolahan pun mula dibuka...Adik-adik yang sedang di alam persekolahan juga sibuk merancang dan menyusun strategi mereka. Ada yang memikirkan selepas mendapat keputusan UPSR dan PMR dengan baik hendak menyambung belajar di sekolah berasrama penuh di mana? dapat ke atau tidak? jika tak dapat ....nak sekolah di mana? Mereka ini juga sibuk merancang masa depan mereka..Ya.lah, bak kata orang "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan", alang-alang belajar bukan setakat  dapat UPSR 5A atau PMR 8A...sudah tentu mereka ini merancang untuk belajar sampai ke tahap paling tinggi iaitu DR FALSAFAH...


Ketahuilah saudaraku...Setiap perkara yang hendak kita buat perlu perancangan yang rapi, agar apa yang kita kerjakan dapat berjalan dengan lancar dan mencapai sasarannya. Memang diakui, jika kita tidak merancangpun boleh mencapai objektif...tetapi kebiasaaannya kita akan melalui berbagai haru biru dan suasana kelangkabut dahulu. Tetapi saudaraku...Merancang bukan bermakna seratus peratus ianya akan "MESTI JADI", tetapi sekurang-kurangnya kita telah meminimumkan "KEGAGALAN". Bagi kita yang beragama Islam, yakinlah dengan merancang sahaja kita sudah mendapat "PAHALA", kerana kita sudah merancang dan ada "NIAT" hendak membuat perkara yang baik....


Tetapi...saudaraku..Hidup ini bukan hanya cukup sekadar "MERANCANG" sahaja !!! bahkan kita juga perlu "MUHASABAH" diri terhadap perkara lalu dan akan datang. Ramai orang berjaya merancang sebelum melakukan sesuatu perkara, tetapi ramai orang yang gagal melakukan muhasabah selepas melakukan sesuatu kerja. Ketahuilah saudaraku..."Gagal untuk Muhasabah , sebenarnya adalah "lambang" kita gagal dalam merancang...


Ketahuilah saudaraku...Muhasabah itu ertinya "Mengira-ngira" atau bahasa morden dipanggil "POST-MORTEM". Sebagai contoh..jika kita baru sahaja bekerja tahun ini dengan gaji permulaan baru RM1700 atau RM2000 (itu pun sudah termasuk elaun-elaun), kena merancang dan muhasabah diri untuk beli kereta..Jangan ikut orang yang dah lama bekerja. Mereka beli HONDA CIVIC kitapun ikut sama...bila hujung tahun,Road tex  dan insurans kereta tamat tempoh...masa itu baru kita terkial-kial cari duit untuk bayar Road Tex dan insurans..orang lama sudah ada insurans NCD 55%, kita kena bayar 100%...masa itu baru nak muhasabah!!!! sudah terlambat...beb....


Sedarlah saudaraku...berapa ramai di kalangan kita yang begitu "GHAIRAH" untuk cepat kaya dengan memasuki "SKIM CEPAT KAYA" pada tahun 2009...mereka ini begitu hebat berangan dengan merancang untuk membeli kereta mewah dengan hasil pelaburan tersebut. Kata mereka setakat memakai kereta "CITRA" tak mainlah!!! paling koman kami pakai "ESTIMA"...akibat tidak muhasabah, maka ramai di kalangan sahabat kita ini..bukan setakat "KELISA" pun tak boleh beli...malah "KANCIL" pun tak dapat...Muhasabah wahai kawan-kawan...jangan jadikan Tahun 2010 sebagai tahun mengecewakan kita lagi..


Ketahuilah saudaraku.. Kalau hendak kira kita telah cukup hebat merancang, memang sudah rancang betul-betul. Tetapi selagi belum buat, mana kita tahu keberkesanan perancangan kita? Kalau buat sesuatu dengan somborono dan mengikut hawa nafsu..maka ramailah terkena dengan "MAINAN SKIM CEPAT KAYA" ini. Oleh itu jadikanlah kejadian pada Tahun 2009 sebagai Muhasabah untuk Tahun 2010. Dengan muhasabah, selepas kita benar-benar melalui perancangan tersebut, barulah kita dapat tahu mana yang "okey" dan yang mana tidak "okey". Janganlah melakukan kesilapan yang sama setiap tahun!!!! Ketahuilah saudaraku...orang mukmin "Tidak masuk lubang biawak yang sama dua kali".



Ingatlah saudaraku..Janganlah kita sekadar Copy dan Paste perancangan tahun 2009 kemudian apply  untuk tahun 2010. Tetapi lakukanlah muhasabah terhadap progaram tahun 2009 untuk membantu merancang program bagi tahun 2010 yang lebih "CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG".


Oleh itu saudaraku...Marilah kita bermuhasabah setiap apa yang kita lakukan..Gagal membuat muhasabah adalah tanda kita gagal merancang. Marilah kita sama-sama  menjadikan tahun 2010 ini dengan sentiasa:
1. Membuat perancangan setiap perkara yang kita lakukan.
2. Bermuhasabah pada setiap perancangan yang telah kita lakukan.
3. Melakukan perancangan berdasarkan muhasabah di atas perancangan yang telah lalu.



Ketahuilah saudaraku...Setiap kali kita selepas melaksanakan sesuatu "Perancangan" perlulah "Muhasabah" atau buat " post-mortem" agar kita dapat perbaikinya perancangan akan datang. Oleh itu sentiasalah "HISAB, HITUNG, MUHASABAH DIRI KITA SEBELUM ALLAH S.W.T MENGHITUNG KITA"


"WASSALAM!!!!..SELAMAT TAHUN BARU 2010 DAN SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009"...sedarlah saudaraku... semakin "SEMAKIN DEKAT TAHUN KEMATIAN KITA!!!!!!!!nauzubillah

1 comment:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails