Followers

Saturday, January 23, 2010

Kepentingan MERANCANG KEWANGAN dalam Islam


Ketahuilah saudaraku...Setiap insan mengimpikan kehidupan yang baik di masa depan. Dalam konteks Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang dengan wujudnya gabungan unsur KEROHANIAN dan KEBENDAAN dalam kegiatan harian seseorang.


Ketahuilah saudaraku...Untuk mencapai kehidupan yang baik di dunia dan akhirat, kita perlu juga memikirkan perancangan kewangan. Rasulullah s.a.w pernah berpesan dalam sabda baginda:
", rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa muda sebelum masa tua, sihat sebelum sakit, masa BERHARTA sebelum masa MISKIN, lapang sebelum sibuk, masa hidup sebelum mati." Maka sewajarnyalah hadis ini diaplikasikan untuk kebaikan dengan PERANCANGAN KEWANGAN YANG BIJAK.


Saudaraku...Bijak merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting membentuk keluarga sejahtera dan stabil. Walaupun wang bukan segala-galanya tetapi ia mempunyai kaitan langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan. Perancangan dan pengurusan kewangan keluarga membabitkan perbelanjaan, PERLINDUNGAN daripada RISIKO (mengambil TAKAFUL), simpanan dan pelaburan. mengurus kewangan membolehkan keluarga menyedari matlamat dan berusaha mencapai matlamat dengan sumber kewangan yang ada. Pengurusan kewangan juga membolehkan keluarga mampu menghadapi cabaran atau kejadian yang tidak diduga selain membentuk disiplin diri dan sikap bertanggung jawab terhadap kehidupan masa kini dan akan datang.

Ketahuilah saudaraku...amalan menabung antaranya merupakan sesuatu yang dituntut dalam Islam sebagaimana Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
      "Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang yang berusaha dengan cara yang baik, berbelanja dengan sederhana dan menabung apa yang lebih (setelah memberi nafkah) untuk saat-saat dia yang memerlukannya nanti." Hadis Muttafaqun 'Alaih (Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim).


Ketahuilah saudaraku...Kita perlu merancang kerana ia merupakan sunnah atau jalan para rasul. Sebagai contoh, kisah Nabi Yusuf a.s. memberikan kita pengajaran yang jelas betapa pentingnya perancangan untuk masa depan. Kisah Nabi Yusuf a.s membuat perancangan untuk Kerajaan Mesir yang menghadapi suasana kegawatan ekonomi akibat kemarau panjang selama tujuh tahun patut diteladani dan dicontohi. Hal ini kerana al-Quran tidak akan menceritakan kisah ini hanya untuk bacaan semata-mata.

Nabi Yusuf a.s. pandai mentafsir mimpi menunjukkan anugerah Allah kepadan-Nya. Kepandaian Nabi Yusuf a.s dalam mentafsir mimpi diketahui Raja Mesir dan dia dipanggil mengadap untuk tujuan itu. Ceritanya diterangkan di dalam al-Quran: Surah Yusuf: Ayat 43 - 49. Ketahuilah saudaraku...Dalam ayat ini Allah mengaambarkan contoh usaha manusia membentuk SISTEM PERLINDUNGAN menghadap kemungkinan yang buruk di masa akan datang. Secara ringkasnya ayat ini bercerita tentang pertanyaan Raja Mesir tentang mimpinya kepada Nabi Yusuf. Di mana Raja Mesir telah bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi yang kurus, dan dia juga melihat tujuh tangkai gandum yang hijau berbuah serta tujuh tangkjai yang merah mengering tidak berbuah.


Ketahuilah saudaraku..Nabi Yusuf a.s dalam hal ini menjawab supaya mereka bercucuk tanam tujuh tahun dan dari hasilnya hendaklah disimpan sebahagian. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang telah mereka simpan untuk menghadapi masa sulit tersebut, kecuali sedikit dari apa yang disimpan.

Ketahuilah saudaraku..perancangan penggunaan kewangan untuk menghadapi risiko yang mendatang amat perlu dilakukan....Surah Yusuf juga menceritakan bagaimana bapanya, Nabi Ya'Kub a.s telah membuat perancangan untuk MENGURANG RISIKO dengan memberi pesanan kepada anak-anaknya,
     "Dan Ya'kub berkata: Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, tetapi masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlainan; namun demikian aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikitpun dari pada (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu0 hanyalah hak Allah; kepadanyaNyalah aku bertawakal dan hendaklah kepadaNya saja orang-orang yang bertawakal berserah diri."

Ketahuilah saudaraku...ayat ini perlu difahami dan dijadfikan panduan, supaya kita sentiasa bersedia dengan perancangan kewangan menghadapi sebarang risiko yang kemungkinan mendatang. Ia juga menghuraikan bahawa dengan perancangan yang baik dan pengurusan teratur, sesuatu sumber (kewangan) itu dapat dioptimumkan manfaatnya bagi perancangan masa depan.


Ketahuilah saudaraku...Antara kesilapan biasa dalam mengurus kewangan ialah sikap GEMAR BERHUTANG berbanding membeli sesuatu benda atau perkhidmatan secara tunai. Kaedah pembelian secara kad kredit yang kini menjadi cara hidup ramai menyebabkan banyak keluarga mengorbankan peruntukan kewangan di masa depan, seterusnya gagal membuat simpanan untuk matlamat kewangan lebih penting.

Ketahuilah saudaraku...Terdapat beberapa bentuk simpanan yang boleh dibuat, antaranya menyimpan secara tabungan khusus melalui CARUMAN TAKAFUL. Melalui kaedah ini tiga kelebihan yang kita perolehi;
1. Perlindungan (jika kita mengalami musibah), jika ada MEDIC CARD (boleh masuk hospital swasta tanpa bayaran awal dan kos rawatan ditanggung mengikut jumlah yang dipersetujui mengikut perlindungan polisi yang diambil)

2. Tabarru' atau  Hibah ( kita juga dapat menderma kepada ahli takaful, pelaburan akhirat kita)

3.Tabungan ( Semua agihan wang caruman dalam Akaun Peserta (AP) akan dipulangkan kepada peserta bila tempoh matang, atau boleh dikeluarkan bila-bila masa..seelok-eloknya biarlah melebihi 5 hinggan 10 tahun, untuk kita gunakannya bagi MENUNAIKAN UMRAH atau MENGERJAKAN HAJI). Wang yang saudara keluarkan dalam Akaun Peserta tidak dikenakan FAEDAH  dan tidak perlu dibayar semula,seperti INSURANS konvensional.


Ketahuilah saudaraku...Melalui TAKAFUL kita cuma merancang dan mengambil langkah untuk menjaga diri kita, atau anak isteri kita daripada sebarang kemungkinan di masa depan. janganlah kita salahkan TAKDIR apabila sesuatu malapetaka berlaku kepada kita terutama apabila kita tidak berusaha untuk mengelakkan diri daripadanya.

Akhir sekali..saudaraku...Sebahagian Ulamak besar mengatakan kontrak INSURANS KONVENSIONAL tidak selaras dengan kehendak-kehendak hukum Syarak kerana ia mengandungi unsur-unsur berikut:


1. Gharar (Ketidak pastian)
     Rasulullah s.a.w melarang jual beli gharar sebagaimana sabdanya:
             "Rasulullah s.a.w melarang daripada menjual barang (secara melontar batu) dan jualan yang mempunyai gharar (ketidak pastian) " Riwayat al-Baihaqi.

2. Maisir (Judi). iaitu mendapat sesuatu dengan cara mudah atau mendapat keuntungan tanpa berusaha mengerjakannya. Dalam konteks INSURANS KONVENSIONAL maisir (judi) dalam kontrak insurans wujud bila mana:
   a. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
   b. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
   c. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

3. Riba (pertambahan / menambahkan). Riba juga merupakan perkara yang diharamkan oleh syarak, firman Allah s.w.t:

     " Dan Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba". Surah Al-Baqarah (2):275




Berikut disenaraikan PERBEZAAN Takaful dengan INSURANS KONVENSIONAL

                      TAKAFUL                                  
           

1. Pematuhan kepada hukum syarak                         
2. Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad  tabarru', mudharabah  danwakalah.
3. Pengendali takaful merupakan pengurus tabung dan tidak memberi jaminan kepada peserta.             
4.Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabarru'                               .
5. Bebas daripada riba, gharar dan maisir.              
6. Adanya Majlis Pengawasan Syariah.                     
7. Keuntungan akan dikongsi bersama di antara  pengendali takaful dan peserta berdasarkan kepada
    Mudharabah atau Yuran Prestasi Pelaburan.



INSURANS KONVENSIONAL
1. Tiada mematuhi hukum syarak
2. Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad jualbeli
3. Syarikat insurans merupakan pemilik tabung dan menjadi penjamin kepada peserta.
4. Syarikat menjamin peserta berdasarkan kepada faktor-faktor komersial
5. Banyak unsur-unsur riba, gharar dan maisir.
6. Tiada Majlis Pengawasan Syariah.
7. Keuntungan diagih mengikut keputusan syarikat.


Ketahuilah saudaraku..banyak syarikat INSURANS KONVENSIONAL menggunakan wang premium yang saudara carum dilaburkan dengan syarikat-syarikat perjudian serta syarikat-syarikat pengeluaran ARAK (minuman keras/ air kencing syaitan) yang terdapat di Negara Malaysia yang terkenal dengan gelaran "NEGARA ISLAM CONTOH"....nauzubillah..minzalik!!!!!


Oleh itu saudaraku...betapa pentingnya kita merancang kewangan untuk masa depan kita..dan janganlah kita dalam usaha menjaga kepentingan kewangan ini...kita terlibat dalam pelaburan yang mana kita sama terlibat dalam menyumbangkan wang pelaburan untuk menyuburkan INDUSTRI ARAK dan JUDI yang terdapat di negara Malaysia yang kita cintai ini. Belum terlambat saudaraku...untuk kita sama-sama untuk memastikan sumber kewangan yang kita perolehi atau perlindungan untuk ahli keluarga kita dalam suasana yang dibenarkan oleh Syarak..Tidak ada ertinya kita KAYA jika kekayaan itu datang dari pelaburan kita atau SUBAHAT kita kepada syarikat-syarikat yang menyuburkan KEMUNGKARAN di muka bumi Allah ini...nauzubillah..minzalik!!!!

2 comments:

  1. alhamdulillah....very good info.

    http://unittrust-maaklmutual.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Оцените: частные проститутки Одесса xxx5.xxx
    Шаловливая, горячая развратница ждет тебя! Дыхание страсти опалит твой разум, ты позабудешь обо всем в моих объятиях! Мальчик мой, я приглашаю тебя в гости, или приеду к тебе... Окрыленных много, крылатых мало.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails