Followers

Sunday, December 6, 2009

SELAMAT TINGGAL ZULHIJJAH 1430H dan SELAMAT DATANG MUHARAM 1431H


Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan Tahun 1430H dengan kembalinya Jemaah Haji berperingkat-peringkat ke tanah air masing-masing. Semoga tetamu Allah ini mendapat "haji mabrur" dan mendapat keampunan dari Allah s.w.t.


Ketahuilah saudaraku..ramai di kalangan kita mengaku beragama Islam, tetapi pernahkah kita menyambut kedatangan tahun baru Islam Tahun Hijjiriah (Bulan Muharam) seperti mana kita sambut Tahun Baru Masihi. Malah paling menyedihkan pihak media atau pihak pemerintah yang mengakui kita ini "Negara Islam", langsung tidak menekankan akan betapa besarnya kelebihannya jika kita menyambut kedatangan Tahun Baru Hijjiriah dengan berdoa. Jika adapun hanya sambutan bacaan Yassin di masjid-masjid tertentu. Jika dibandingkan dengan sambutan tahun Baru Masihi...rakyat serta pemimpin negara sanggup berumbun menanti detik 12 malam untuk menyambut tahun Baru Masihi..


Ketahuilah saudaraku..orang Islam...Kurangnya peranan pihak tertentu yang tidak memberi penekanan kepada bulan-bulan penting dalam sejarah Islam, seperti "Fadilat Bulan Muharam", antara punca mengapa kehadiran bulan Muharam atau Tahun Baru Islam ini tidak disambut semeriah sambutan Tahun Baru Masihi 2010. Pihak pemerintah sanggup menghabiskan "jutaan ringgit" hanya semata-mata menampung kos "bunga api" bagi memeriahkan sambutan tersebut..malah paling menyedihkan lagi pengisian seterusnya dengan persembahan "konsert" oleh artis-artis, serta para remaja meminum "air kencing setan"...nauzubillah minjalik!!!


Ketahuilah saudaraku..orang Islam.Bulam Muharam adalah permulaan Tahun Baru (Hijrah) bagi umat Islam. Pada bulan Muharam ini umat Islam di seluruh dunia akan mengenang peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah dalam usaha baginda mengembangkan dakwah Islamiahnya. Oleh itu peristiwa hijrah ini perlu disambut lebih hebat daripada sambutan Tahun Baru Masihi, jika kita "melebalkan" negara kita ini "Negara Islam Contoh" kata sesetengah pihak..


Ketahuilah saudaraku..yang mengaku orang Islam...Bulan Muharam ini banyak kelebihannya sehingga Rasulullah tidak pernah tinggal berpuasa pada 9 dan 10 Muharam. Berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.wbersabda:
      "Sesungguhnya jika aku masih hidup hingga tahun mendatang, aku akan berpuasa di hari yang kesembilan".


Tetapi apa yang paling ditekan oleh orang "Melayu Islam" ialah pada tarikh keramat ini hanyalah "amalan membuat bubur Asyura" daripada berpuasa pada 9 dan 10 Muharam. Sepatutnya umat Islam menyambut kedatangan bulan Muharam ini dengan rasa keinsafan dan meningkatkan amalan mereka dengan berpuasa dan berdoa sempena berakhirnya dan bermulanya Tahun Baru Islam.


Wahai saudaraku orang Islam...Marilah pada tahun ini kita sama-sama bertekad menyambut Muharam dengan doa, iaitu berdoa selepas kita bersolat Asar pada hari terakhir bulan Zulhijah iaitu bulan akhir bagi kalender Islam diikuti selepas solat Magrib. Solat dan doa ini adalah lebih elok dilakukan bersama keluarga atau di masjid dan surau untuk bersama-sama bertafakur dan memohon taubat kepada Allah s.w.t. terhadap dosa-dosa kecil dan besar yang telah kita lakukan sepanjang tahun.



Wahai saudaraku orang Islam..berdoa akhir tahun dan awal tahun ini amat penting bagi umat Islam walaupun ia sunat dilakukan. Telah diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, Rasulullah s.a.w memberitahu mengenai kelebihan berpuasa dan juga kelebihan bulan Muharam itu sendiri di mana Allah telah mengampunkan dosa-dosa orang yang terdahulu dan mengampunkan dosa mereka yang masih hidup sekarang yang bertaubat kepadaNya.


Oleh itu..wahai saudaraku..orang Islam marilah kita Sambut Kedatangan MUHARAM 1431H dan kita Tinggalkan ZULHIJAH 1430H dengan melakukan doa selepas solat Asar dan doa menyambut Muharam 1431H selepas solat Magrib dan berpuasa pada 9 dan 10 Muharam, seperti mana yang dilkukan oleh Rasulullah s.a.w dan umat terdahulu untuk merebut "GANJARAN" pahala yang dijanjikan Allah s.w.t....Amin!!!

1 comment:

  1. Alhamdulillah ada artikel seperti yg saya harapkan, Mudah-mudahan banyak ummat kembali kejalan yg benar amiiiin

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails