Followers

Wednesday, December 9, 2009

APABILA panjang ANGAN-ANGAN!!!!


Ketahuilah saudaraku...manusia sejak dari Nabi Adam As hinggalah ke saat ini tidak terlepas dari angan-angan. Nabi Adam As sejak dijadikan di dalam syurga berasa sunyi dan berangan-angan agar ada pasangan untuk berhibur. Lalu Allah s.w.t menjadikan pasangannya Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam As...sehinggalah Nabi Adam As berangan-angan untuk makan buah "kuldi" yang dilarang Allah s.w.t. Akibat pujukan Syaitan Laknatullah, maka angan-angan dan menurut hawa nafsu, Nabi Adam As tewas dengan pujukan syaitan. Lalu murkah Allah s.w.t dan mencampakkan Nabi Adam As serta Hawa ke dunia ini....


Ketahuilah saudaraku..sejak itulah manusia tidak terlepas dari angan-angan. Ramai di kalangan kita, terutama di hujung tahun ini "panjang angan-angannya"...Bagi yang belum berkahwin, berangan-angan untuk berkahwin dengan jejaka kaya dan tanpan, manakala yang jejaki berangan-angan berkahwin dengan perempuan cantik dan jelita. Tidak ketinggalan yang sudah ada isteri berangan-angan untuk menambah "cawangan" baru..




Lain pula generasi kanak-kanak...kebanyakan golongan ini berangan-angan seperti "KARTUN" , ada yang berangan-angan ingin jadi "Superman", ada yang berangan-angan nak jadi "Power Renggers" dan bermacam-macam lagi..Bagi yang "gila" kereta, berangan-angan untuk membeli kereta idaman masing-masing. Pendek kata..nama sahaja manusia, pastilah "Panjang angan-angannya".


Ketahuilah saudaraku..apabila panjang angan-angan, terutama angan-angan yang lebih banyak membawa kepada keburukan, ia amat ditakuti boleh merosakan akidah dan iman serta akhlak seseorang. Sebab itu Islam tidak membenarkan umat Islam bermain judi. Kebanyakan mereka yang bermain judi, terutama "menikam nombor" seperti LOTRI, TOTO dan sebagainya, selalu berangan-angan panjang...kita sering mendengar mulut mereka mengatakan "kalaulah aku kena...aku nak beli itu dan ini..."


Saidina Ali bin Abi Thalib pernah menyuarakan kebimbangannya, ke atas orang yang suka berangan-angan panjang:, katanya "Yang aku khuatiri atas kamu ialah dua perkara, iaitu mereka yang panjang angan-angan dan mereka yang suka menurutkan hawa nafsu. Ini kerana mereka yang panjang angan-angan itu selalu melupakan akhirat. Manakala mereka yang menurutkan hawa nafsu itu selalu menghalang daripada melakukan kebenaran (hak)."


Ketahuilah saudaraku..bagi mereka yang berangan-angan mendapat wanita yang cantik paras rupa, tetapi miskin ilmu agama...para ulama telah berpesan!!!"Jangan engkau mengikuti hatimu kepada wanita, kerana hari ini dia untukmu...dan esok hari dia untuk orang lain...Apabila engkau taat kepadanya, maka dia akan memasukkan engkau ke dalam NERAKA..."


Ketahuilah saudaraku..bagi mereka yang berangan-angan untuk mengumpul harta kekayaan...para ulama telah berpesan!!!" Janganlah engkau mengikat hatimu pada harta kekayaan, kerana harta itu hanya pinjaman. Hari ini ia menjadi hakmu...dan esok hari ia menjadi hak orang lain...Jika hatimu terikat pada harta , engkau akan "BAKHIL" untuk mengeluarkan kewajipan hak Allah, takut miskin..dan menurut kepada bisikan Syaitan!!!.."


Oleh itu wahai saudaraku..Tinggalkanlah apa yang ragu-ragu dalam hatimu...sebab hati seseorang mukmin akan bergoncang dalam melakukan perkara "SUBAHAT", lari dari melakukan perbuatan "HARAM" dan jiwa mereka tenang dalam perbuatan "HALAL"...


Ketahuilah saudaraku..Para ulama berpesan lagi...kepada sesiapa yang ingin mengurangi angan-angannya, maka Allah akan memuliakannya dengan empat kemuliaan, iaitu:



1. Diberi kekuatan untuk taat...Sebab mereka yang kurang angan-angan sentiasa berasa akan kematian yang hampir tiba. Mereka tidak memikirkan apa yang dihadapinya daripada kesukaran dan rajin melakukan ketaatan, maka bertambah banyak amalannya.


2. Kurang kerisauannya..Sebab jika dia berasa tidak lama lagi akan mati, maka dia tidak memikirkan apa yang dihadapi daripada kesukaran.


3. Reda dengan kehidupan yang sederhana...Sebab apabila mereka berasa tidak lama lagi akan mati, maka mereka tidak perlu mencari banyak harta dan sememangnya harta yang dicari itu ditujukan untuk akhirat.

dan yang khirnya...


4. Allah akan menerangkan hatinya.....


Oleh itu saudaraku...kita bukan tidak boleh berangan-angan..Tetapi biarlah hati kita sentiasa berangan-angan mendapat keradaan Allah s.w.t di dunia dan keradaan di akhirat...Amin!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails