Followers

Thursday, December 10, 2009

ISTIGHFAR sebagai AMALAN harian


Ketahuilah saudaraku..salah satu cara kita memohon ampun kepada Allah s.w.t ialah dengan membanyakkan lidah mengucapkan "ISTIGHFAR" kepadaNya. Ini terbukti dengan pengalaman yang pernah dialami oleh penulis sendiri, sewaktu mengerjakan Rukun Haji pada tahun 2005/06. Penulis langsung tidak terlintas untuk mengatasi kekuasaan Allah...dengan hanya berkata "Aku tahu jalan pulang ke Hotel" akhirnya penulis serta kawan-kawan sesat..Akhirnya penulis "bersitighfar" dan memohon taubat kepada Allah s.w.t..maka akhirnya kami terjumpa pegawai tabung haji, dan ditunjukkan jalan ke hotel.


Sebab itu di tanah suci Mekkah kita kena perbanyakkan lidah beristighfar dan perlu menjaga semua percakapan, niat hati serta perbuatan kita. Ini kerana di tanah suci Mekkah Allah s.w.t akan "membayar tunai" apa yang kita ucapkan atau apa yang kita terlintas di hati. Ini ternyata benar, kerana pengalaman kedua penulis sewaktu berada di dalam Masjidil Haram..penulis sekejap tukar SIM KAD telepone Malaysia, dan sekejap tukar SIM KAD Mekah..Terlintas di hati penulis..asyik tukar-tukar nanti tercicir SIM KAD..Ketahuilah saudaraku..rupa-rupanya memang benar SIM KAD saya hilang...sayapun terus beristghfar agar tiada lagi perkara buruk yang akan berlaku...


Ketahuilah saudaraku..ISTIGHFAR banyak kelebihannya..Seperti kata Hassan al-Basri sewaktu dikunjungi oleh seorang lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnyayang kering kontang kerana dilanda kemarau panjang..Lalu Hassan al- Basri menjawab:
      "Mohonlah ampun kepada Allah".
Selepas itu, datang lagi seorang rakan yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan. Sekali lagi Hassan al-Basri menjawab:
     "Mohonlah ampun kepada Allah".
Tidak lama kemudian datang pula seorang lelaki meminta didoakan agar dikurniakan anak dan lantas Hassan al-Basri memberi reaksi "Beristighfarlah kepada Allah".
Kemudian datang lagi orang lain mengadukan tentang kebunnya yang mengalami ketandusan, Hassan al-Basri juga meminta beliau supaya "Beristighfar"....


Ketahuilah saudaraku..Apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Hassan al-Basri kepada semua kemuslihatan yang diadukan itu, menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui "ISTIGHFAR"  sahaja.


Apabila mendengar keluhan dari sahabatnya, Hassan al-Basri pun menjawab:
   "Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi, berdasarkan Firman Allah dalam Surah Nuh:Ayat 10 - 12 yang bermaksud: Maka aku katakan kepada mereka, mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula di dalamnya untukmu sungai-sungai".


1 comment:

  1. mau cerita yang gila2 dan merepek meraban dan sebagainya?? hahaha.. sila la jemput masuk ke blog saya untuk menjadi peneman saya di blog ini... :)http://mofasad.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails