Followers

Thursday, November 5, 2009

MENJEJAKI KEBESARAN ALLAH



FIRMAN ALLAH....dalam surah Ali Imran: 190.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan p
ada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda ( kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal."


Hamparan muka bu
mi.. yang berbalut hutan menghijau atau hamparan lautan yang membiru, adalah tanda yang paling mudah bagi manusia memahami kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t.


Disebabkan itu juga, manusia digalakkan supaya memerhatikan apa yang berlaku dipersekitarannya untuk diambil iktibar dan dijadikan pedoman.




Meneliti keindahan alam..... secara tidak langsung dapat mencetuskan rasa insaf dalam diri terhadap kebesaran Allah ajawajalla. Ia menyedarkan kita betapa kerdilnya kita di sisi Maha Pencipta/ Qhaliq
...subhanallah!!!!

CINTA YANG SUCI


Cinta yang suci ...adalah modal rumah tangga yang bahagia. Terimalah kekurangan dan kelebihan pasangan seadanya. Jangan diungkit sekiranya terdapat kekurangan pada pasangan masing-masing.


Tetapi jika ada kelebihan, maka bersyukurlah dengan nikmat tersebut. Sebagai manusia, kita tidak berhak memprotes pemberian Allah s.w.t kerana sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita. Atau dengan kata lain, segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..


Sabda
Rasulullah s.a.w..."Janganlah seorang lelaki mukmin membenci isterinya yang beriman. Apabila ada perangainya yang tidak disukai, dia pasti reda atau menyenangi perangainya yang lain". (Riwayat Muslim)

Wednesday, November 4, 2009

LIDAH MEMBAWA KE NERAKA



Imam Ghazali menyatakan bahawa menjaga lidah sangat sukar dan cukup berat...




Lidah adalah anggota yang paling derhaka kepada manusia dan boleh menjadi alat syaitan untuk menipu dan menimbulkan fitnah kebencian sesama manusia..



Rasullullahs.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Al-Kharaithi daripada Al-Hassan A-Bashari yang bermaksud,"Sesungguhnya lidah orang mukmin itu terletak di belakang hatinya. Apabila dia hendak berkata sesuatu, maka hatinya akan lebih mengerti sebelum diucapkan menerusi lidahnya. Lidah orang munafik terletak di hadapan hatinya. Apabila ia berkata sesuatu nescaya dilakukan terus dengan lidahnya dan tidak memperdulikan hatinya.




Sudah lumrah manusia.....


Mulut yang mempunyai lidah itu sukar ditutup. Jadi untuk mengelakkan terkeluar perkataan yang tidak enak terkeluar dari mulut, eloklah berdiam diri.

Sesungguhnya berdiam diri lebih selamat dan lebih menjaga kehormatan diri kita....

SYURGA BAGI ISTERI




Peranan isteri untuk mengembirakan hati suami. Seorang isteri adalah pembantu yang setia kepada suaminya. Baik dalam apa jua yang dilakukan, keradaan suami adalah penting kerana itu merupakan tiket mudah untuk isteri menuju ke syurga...


Daripada Anas Ibnu Malik, beliau menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda, mahfumnya, "Seorang isteri apabila menunaikan solat fardu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan mematuhi arahan suaminya, maka berhaklah dia memasuki mana-mana pintu syurga yang dia suka".


Demikianlah ganjaran hebat yang diberikan untuk isteri-isteri yang solehah...


Tidak susah untuk memperolehi ganjaran begitu jika para isteri patuh kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah..Tidak kira bagi isteri yang bekerja atau suri rumah sepenuh masa, ganjaran itu tetap tersedia untuk para isteri yang solehah...




Oleh itu ingatlah para isteri-isteri ....janganlah diungkit kerja-kerja yang telah dilakukan kepada suami tercinta..sesungguhnya syurga menanti anda di sana....amin!!!!!

Tuesday, November 3, 2009

AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT



Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini ?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

WANITA DICIPTA UNTUK MENYENANGKAN HATI LELAKI


Seorang wanita adalah ibarat sekuntum bunga, kecantikannya hanya sementara sahaja. Tetapi sekiranya wanita itu berakhlak mulia, kecantikan akhlaknya itu tetap menawan sesiapa sahaja memandang walaupun wajahnya tidak secantik mana.


Wanita berperibadi mulia ialah wanita yang menepati ciri-ciri yang disebut oleh Rasulullah s.a.w., " Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah"' Hadis riwayat Muslim.
Wanita yang berakhlak mulia, sekiranya dia seorang anak, maka dia akan menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya, sekiranya ia menjadi remaja ia akan menjadi remaja yang berkhemah, jika ia menjadi seorang isteri, maka ia akan menjadi isteri solehah yang menyenangkan dan mengembirakan hati suaminya. Jika ia sebagai ibu pula, dia akan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. Manakala dia sebagai hamba Allah, dia akan tunduk dan tawaduk serta patuh hanya kepada yang maha Esa...

Wanita berperibadi mulia adalah mereka yang bertakwa kepada Allah. Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 24: "Barang siapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita, sedang ia seorang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun".


Wanita berperibadi mulia faham peranan mereka. Antaranya sebagai penyenang hati suami, sumber kasih sayang dan kelembutan, melahirkan zuriat dan memberi pendidikan kepada anak-anak. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh.

GANJARAN KEPADA WANITA:

Ingatlah wahai semua kaum wanita yang bergelar isteri solehah...Bahawasanya seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu, maka ditutup baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana sahaja tanpa dihisab...

Saidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:" Tidaklah seorang wanita yang didatangi haid kecuali haidnya itu merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu".

Wanita yang mulia ialah wanita yang apabila dipandang oleh suaminya, maka ia menggembirakan, apabila suaminya menyuruh ia taat dan apabila suaminya tiada, maka ia menjaga harta suaminya dan menjaga kehormatan dirinya.

Ingatlah wahai kaum wanita....


Wanita yang mulia juga adalah di kalangan mereka yang tidak mendedahkan auratnya di hadapan lelaki lain yang bukan muhrimnya..kerana mereka tahu Allah s.w.t. melaknat wanita sedemikian itu. Begitu juga memakai pakaian jarang dan menarik nafsu sahwat lelaki memandang, maka ia tidak akan mencium bau syurga.


Ingatlah wahai kaum wanita..

Wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat, oleh itu jauhilah segala kejahatan. Wanita yang mulia juga tahu bahawa sekiranya dia membebankan suaminya dengan sesuatu yang tidak mampu dipenuhinya...maka Allah s.w.t. tidak akan menerima seluruh amalannya.....




Sunday, November 1, 2009

WAHAI 4 ORANG ISTERIKU

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.

Maka
, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya.

Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.


~Poligami ? ~

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.

"Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

~ Man Vs Women ~
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."Jawapan itu seperti kilat yang menyambar.

Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.

Teman,....

sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.... Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
Related Posts with Thumbnails