Followers

Wednesday, November 4, 2009

SYURGA BAGI ISTERI




Peranan isteri untuk mengembirakan hati suami. Seorang isteri adalah pembantu yang setia kepada suaminya. Baik dalam apa jua yang dilakukan, keradaan suami adalah penting kerana itu merupakan tiket mudah untuk isteri menuju ke syurga...


Daripada Anas Ibnu Malik, beliau menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda, mahfumnya, "Seorang isteri apabila menunaikan solat fardu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan mematuhi arahan suaminya, maka berhaklah dia memasuki mana-mana pintu syurga yang dia suka".


Demikianlah ganjaran hebat yang diberikan untuk isteri-isteri yang solehah...


Tidak susah untuk memperolehi ganjaran begitu jika para isteri patuh kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah..Tidak kira bagi isteri yang bekerja atau suri rumah sepenuh masa, ganjaran itu tetap tersedia untuk para isteri yang solehah...




Oleh itu ingatlah para isteri-isteri ....janganlah diungkit kerja-kerja yang telah dilakukan kepada suami tercinta..sesungguhnya syurga menanti anda di sana....amin!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails