Followers

Tuesday, November 24, 2009

ISTERI sebagai LADANG SUAMI bercucuk tanam


Ketahuilah saudaraku..yang telah dan sedang teringin hendak berkahwin....Perkahwinan itu adalah "sunatullah" bagi mereka yang berkemampuan. Perkahwinan bukanlah satu "ikatan kontrak" antara lelaki dan perempuan. Sebaliknya ia adalah gabungan "dua hati", saling memberi dan menerima, memupukpersefahaman dan kasih sayang.


Ketahuilah saudaraku yang belum berkahwin...Melalui perkahwinan, kita bebas untuk menzahirkan perasaan kasih sayang dengan cara yang "HALAL" dan "TERHORMAT".

Seperti Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
    " Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir." (Al- Rum:21)


Oleh itu ketahuilah saudaraku, yang sudah berkahwin dan yang baru hendak berkahwin!!!! Allahlah yang menentukan jodoh kita dan Allah jualah yang memberikan perasaan kasih dan sayang di antara kita suami isteri. Jesteru itu jaga dan layanlah isteri..dan jadikanlah "ISTERI sebagai LADANG SUAMI bercucuk tanam" untuk menghasilkan "ZURIAT" yang soleh dan solehah.

Ini sesuai dengan peringatan Allah s.w.t yang bermaksud:
     "Isteri-isteri kamu adalah seperti ladang tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tempat bercucuk tanammu itu sebagaimana saha kamu kehendaki." (Al-Baqarah:223)

Monday, November 23, 2009

HARTA YANG manis DAN indah


Ketahuilah saudaraku.. semua orang menyukai harta dan inginkan kekayaan yang melimpah ruah. Tidak kiralah kekayaan itu dalam bentuk wang ringgit, emas dan perak, atau kekayaan dalam bentuk harta benda seperti rumah mewah, kereta mewah atau harta tanah yang menjadi kebanggaan manusia...

Tetapi ketahuilah saudaraku..Apakah harta yang manis dan paling indah di sisi hukum syarak?. Rasulullah sendiri mengakui bahawa harta adalah sesuatu yang indah dan manis. Tetapi ketahuilah saudaraku..harta itu juga jika kita salah gunakan ia akan membawa kita ke neraka jahannam. Kadangkala dengan hartalah Ibu dan Bapa boleh bercerai-berai, adik beradik boleh berbunuh-bunuhan dan saudara-mara boleh bermasam muka dan tidak bertegur sapa..nauzubillah..minzalik


Harta yang manis dan paling indah adalah seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
   "Sesungguhnya harta itu indah dan menarik lagi manis sekali. Tetapi sebaik-baik harta seorang Muslim ialah yang diberikan sebahagiannya kepada orang miskin, anak yatim dan ibnu sabil."(HR:Bukhari dan Muslim)

Ketahuilah saudaraku..sebenar-benar harta yang kita miliki di sisi Allah s.w.t ialah harta yang diimpaqkan ke jalan "Fisabilillah". Salah cara untuk kita jadikan harta itu manis dan indah ialah dengan mengeluarkan "zakat" bagi yang cukup haul dan nisabnya. Tetapi bagi yang diwajib membayar zakat, kita boleh jadikan harta kita itu manis seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah tadi, iaitu banyakan bersedekah.

Ketahuilah saudaraku.. Zakat adalah suatu amalan yang sangat dituntut (wajib) bagi yang mampu, kerana melalui amalan ini kita dapat membantu sesama umat Islam. Ia adalah satu rukun Islam dan sekaligus mengukuhkan kekuatan jemaaah Islam dalam ekonomi.


Yakinlah saudaraku..melalui amalan bantu-membantu, ia dapat memberikan kekuatan kepada orang Islam secara total untuk membina sebuah masyarakat yang madani dan berdaya saing....amin!!!!


Mudah-mudahan kita semua akan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t dan seterusnya kita dapat mengelaurkan "ZAKAT" atau "BERSEDEKAH" dan seterusnya dapat menunaikan ibadat rukun yang lain seperti mengerjakan "HAJI" ke Baitullahlilharam...amin..yarabbalalamin!!!! 

Sunday, November 22, 2009

PANDUAN memilih SAHABAT dalam ISLAM


Ketahuilah saudaraku..Aidil Adha bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Majis kunjung-mengunjungi rumah saudara sesama Islam amat dituntut dan digalakkan. Disamping kita mengeratkan hubungan silatulrahim, kita juga dapat mengukuhkan hubungan sesama umat Islam.


Dalam kegembiraan kita menyambut hari perayaan begini..janganlah kita menyambutnya sehingga kita lupa akan "Batas pergaulan dalam Agama Islam".Memang benar bergaul sesama insan adalah keperluan utama dalam memenuhi tuntutan hidup seseorang manusia. Semua orang di dalam dunia ini memerlukan kawan atau sahabat, kerana kita tidak mungkin dapat hidup bersendirian.

Namun begitu Islam telah menggariskan beberapa panduan tertentu dalam kita memilih sahabat. Ini kerana jika kita tersilap pilih sahabat, ia boleh menjerumuskan kita ke lembah kehinaan dan kejahatan. Antara panduan memilih sahabat adalah:

1.Bersahabatllah dengan orang yang sentiasa beribadat kepada Allah.
2. Janganlah bersahabat dengan orang yang "fasik" tau perpaling dengan ajaran Islam.
3. Janganlah bersahabat dengan orang yang mengutamakan dunia semata-mata.

Oleh itu wahai saudaraku..Dalam kita memilih kawan ,kita hendaklah mengamalkan prinsip persahabatan yang digariskan seperti diatas. Ini bertepatan dengan hadis yang jelaskan oleh Rasulullah s.a.w yng bermaksud:

  "Hendaklah seseorang itu memerhatikan siapakah yang harus dipilihnya menjadi rakan" (HR: Abu Daud dan Tarmizi)

Saturday, November 21, 2009

RUANG kebaikan AMAT luas SEKALI


Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Ruang untuk kita melakukan kebaikan sememangnya luas terbentang kepada  kita semua. Tidak kira siapa kita, apa jua jawatan kita, apa juga kedudukan kita, apa juga darjat kita..raja atau rakyat biasa, atau  apa jantina kita, tiada halangan untuk kita melakukan kebaikan. 

Oleh itu wahai saudaraku...orang Islam. Sudah sewajarnya kita "bersyukur" kepada Allah s.w.t kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana umat Nabi Muhammad s.a.w adalah umat pilihan, seperti mana Firman Allah:
    "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kerana menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara mungkar (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah ( dengan sebenar-benar iman) " (Ali-Imran:110)


Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Oleh kerana ruang untuk melakukan kebaikan teramatlah luas. Maka setiap saat, setiap masa rebutlah peluang melakukan "yang ma'ruff" dan tinggalkan yang "mungkar". Biarlah setiap saat hidup kita sentiasa melakukan kebaikan. Walaupun perbuatan kita itu dilihat seperti tidak berfaedah, contohnya "membuang ranting kayu atau duri di jalanan" itu sudah dianggap kita sudah melakukan kebaikan.

Bagaimana kita nak melakukan kebaikan????
Jika kita berjiran..menjaga rumah jiran atau memerhatikan keselamatan rumah jiran sewaktu cuti sekolah ini. Jika seorang guru...mengajarlah anak murid dengan penuh ikhlas . Jika saudara seorang pekerja pejabat...saudara boleh melakukan kebaikan dengan beramanah melakukan tugas. Jika suadara seorang "PEMERINTAH" ...perintahlah negara seamanah yang boleh, seperti mana yang dilakukan oleh UMAR BIN ABDUL AZIZ. Jika saudara seorang raja...tadbirlah negara seperti mana yang dilakukan oleh SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH....


Pendek kata...walau apa pun kedudukan saudara, pangkat saudara, martabat saudara..lakukanlah sebarang kebaikan dalam hidup saudara dengan cara tersendiri, agar saudara tidak menyesal di kemudian hari..Janganlah di saat "sakaratul maut" hampir tiba..barulah saudara merayu kepada Allah s.w.t agar dilanjutkan usia walaupun seketika agar saudara boleh melakukan kebaikan...

Wahai saudaraku..orang Islam..Belum terlambat untuk kita melakukan kebaikan!!!!!Rebutlah peluang umur serta kesihatan  yang Allah berikan ini untuk melakukan sebanyak-banyak mungkin "KEBAIKAN"...kerana "RUANG kebaikan AMAT luas SEKALI!!!!!!".....amin..

Friday, November 20, 2009

PAKAIAN ADALAH nikmat DARI ALLAH


Ketahuilah saudaraku....orang Islam. Pakaian merupakan satu nikmat anugerah dari Allah. Setelah Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari Syurga dan dicampak ke dunia ini, kedua-dua mereka tidak ada sehelai kain atau seurat benang menutupi tubuh mereka.


Allah s.w.t telah memberi ilham kepada Nabi Adam dan Hawa bagaimana untuk menutupi tubuh mereka. Bermacam-macam cara manusia sejak Adam dan Hawa menggunakan alat untuk menutupi tubuh badan mereka, sehinggalah tercipta sekarang ini berjenis-jenis pakaian untuk menutupi tubuh manusia..


Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Adakah cara kita berpakaian benar-benar kita mematuhi apa yang dikehendaki oleh hukum syarak. Ramai di kalangan kita mengaku beragama Islam...Tetapi yang lelakinya masih ramai berseluar pendek atas paras lutut..Kalau nak ceritakan cara berpakaian bagi kaum wanita yang mengaku dirinya Islam....masyaallah...seluarnya ketat, sendat, melekat dan sengkat (kadang kala menampakkan lurah..kemaluan mereka) Begitu juga baju yang dipakai "T-shirt" ketat, melekat, pendek dan menonjolkan betapa tingginya "Gunung" masing-masing..Lebih menyedihkan terdapat setengahnya memakai baju yang "jarang" dan hanya bahagian "gunung" ditutup dengan kain yang tebal atau "baju kutang" Kebanyakkan gadis-gadis termasuk" mak-mak gadis" yang tidak sedar diri memakai pakaian begini..nauzubillah..minzalik.


Katahuilah saudaraku....orang Islam. Golongan ini bila ditegur seringkali melafaskan kata-kata "Jangan suka jaga tepi kain orang lain"..Memang sekarang ini kita kena jaga tepi kain mereka...sebab mereka pakai baju "tidak cukup kain" .Terbelah sana, terbelah sini..menampakkan "luruh gunung" masing-masing..


Ingatlah saudaraku...yang mengaku orang Islam...Pakaian merupakan nikmat Allah yang dikurniakan kepada manusia (kalau binatang senang tak payah pakai baju dan seluar).Oleh itu tidak kira di mana kita berada, sama ada di rumah, di pejabat atau ketika kita bersiar-siar,..pastikan kita berpakaian sesuai dan menjaga ketarampilan dan batas hukum syarak cara berpakaian "orang Islam" bukan cara berpakaian "orang utan". Elakkan berpakaian comot, menjolok mata dan sebagainya..ini kerana secara tidak langsung ia akan menjejaskan kredibiliti seseorang "muslim" dan "muslimah".


Katahuilah saudaraku..orang Islam. Yang penting, walau apa pun pakaian yang disarungkan ke tubuh, kita hendaklah letakkan niat bahawa cara pemakaian kita itu memenuhi tuntutan syarak..bukan memenuhi tuntutan "hawa nafsu" orang yang memandang..


Ingatlah wahai saudaraku..orang Islam. Allah telah mengingatkan manusia cara berpakaian, seperti Firmannya dalam :Surah al-A'raaf:26:
      "Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda kekuasaan Allah. Mudah-mudahan mereka selalu ingat...."
 

Thursday, November 19, 2009

SEJENGKAL lebih DEKAT ke Syurga


Ketahuilah sauadaraku..orang Islam, walaupun hidup kita ini sering melakukan dosa..bak kata orang "siang ianya Islam, malam ianya menjadi kafir". Namun Allah s.w.t adalah  "Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang". Walaupun hidup kita ini bergelomang dengan dosa, namun Allah s.w.t tetap akan mengampun dosa kita walaupun sebesar gunung. Firman Allah: "Jika engkau datang kepadaKu dengan berjalan..pasti Aku datang dengan berlari"..Jika engkau datang memohon ampun kepadaKu, Aku akan buka pintu taubat selaus-luasnya untuk mu..." Sesungguhnya pintu taubat Allah terbuka luas..mengikut riwayat mengatakan, jika kita memacu kuda sekaut-kuat..ia mengambil masa 40 Tahun perjalan kuda...betapa luasnya pintu taubat Allah..


Abu Said bin Saad melaporkan, Rasulullah s.a.w ada menyampaikan sebuah kisah benar seorang yang banyak melakukan dosa dan ingin bertaubat dari perbuatannya yang lalu. Pemuda ini pernah membunuh "sembilan puluh sembilan" orang. Pasa suatu masa dia teringat akan dosa-dosanya yang lalu dan mahu meminta ampun dari Allah..dia ingin tahun adakah Allah masih mahu menerima taubatnya itu..

Pemuda itu pun berjumpa dengan seorang alim di kampungnya bagi mendapatkan jawapan berkaitan kemusykilannya itu. Orang alim itu memintanya pergi bertanya kepada seorang paderi yang dapat mendengar masalahnya, lalu diapun peri mencari paderi tersebut.

Ketahuilah sauadaraku...apabila berjumpa dengan paderi itu, lantas pemuda itu mengadu, "Hamba sudah membunuh sembilan puluh sembilan orang...Adakah saya boleh bertaubat?" Lalu dijawab oleh paderi itu "Tidak ada taubat lagi bagi orang seperti kamu," Lelaki itu marah lalu dibunuhnya paderi tersebut. Sekarang sudah genap seratus orang yang telah dibunuhnya.

Kemudian dia pergi semula kepada orang alim di kampungnya. Dia di suruh berjumpa dengan seorang alim yang lain. Pemuda itupun pergi berjumpa dengan si alim yang dinyatakan itu dan berkata kepadanya, "Hamba telah membunuh seratus orang. Adakah hamba masih boleh bertaubat?". Lalu dijawab oleh orang alim itu "Boleh!!!". Siapakah yang dapat menghalang tuan hamba daripada bertaubat?"


Kemudian orang alim itu berkata lagi, ""Sekarang jika tuan hamba ingin bertaubat, tuan hamba terpaksa pergi sebuah daerah di mana terdapat ramai orang yang menyembah Tuhan. Tuan hamba ikutlah mereka bersama-sama menyembah Tuhan (Allah) dan jangan tuan hamba pulang ke kampung taun hamba, kerana di sana ramai orang yang jahat".



Ketahuilah saudaraku..bila mendengan jawapan dari orang alim itu, pemuda tersebut segera menuju ke daerah yang diperkatakan itu. Tetapi dengan kuasa Allah s.w.t di tengah perjalanan itu pemuda itu jatuh sakit..lalu meninggal dunia.



Ketahuilah saudaraku..orang Islam..Pada saat itu "Malaikat Rahmat" berselisih pendapat dengan "Malaikat Azab". Malaikat Rahmat berkata" Pemuda ini sudah menuju kepada Allah untuk bertaubat dengan sepenuh hatinya," Lalu dijawab oleh Malaikat Azab " Pemuda ini tidak pernah melakukan sebarang kenbaikan sama sekali". Dalam saat kekecohan itu...lalu datang seorang "Malaikat" lain menjelma dalam bentuk manusia. Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab melantik "Malaikat ketiga" itu mejadi hakim untuk menyelesaikan masalah.

Malaikat ketigapun berkata Tuhan mengarahkan satu bahagian tanah itu supaya menjauh, manakala yang satu bahagian lagi supaya mendekat."Ukurlah jarak antara dua tempat itu, yakni antara kampung asalnya dengan daerah yang hendak ditujunya< jarak mana yang lebih dekat?...itulah keputusannya,"


Akhirnya Malaikat Berkat dan Malaikat Azab pun mula mengukur kedua-dua jarak itu...Mereka dapati pemuda yang ingin bertaubat itu lebih dekat hanya "SATU JENGKAL" sahaja kepada daerah di mana para penduduknya menyembah Allah..Dengan itu Allah mengarahkan "Rohnya" diambil oleh "Malaikat Rahmat" dan dosanya diampunkan oleh Allah s.w.t....

Maka benarlah...firman Allah..bawa pintu taubat Allah itu luas dan Allah Maha pengampun dan Maha Penyayang. Pemuda yang sebelum ini tidak pernah menyembah atau mengingati Allah...tetapi di saat kematiannya ia bertaubat NASUHA..lalu diampunkan dosa-dosanya yang lalu...

Sebagai renungan bersama..wahai saudaraku...yang mengaku Islam, tetapi hati dan perasaan langsung tidak pernah mengingati Allah...bertaubatlah..sebenar-benar taubat, sebelum tubuhmu kaku!!!!...nauzubillah minzalik.....amin!!!!

Tuesday, November 17, 2009

INGAT ALLAH DALAM susah DAN senang



Manusia... dilahirkan ke dunia ini adalah menjadi lumrah untuk diuji dengan pelbagai dugaan oleh Maha PenciptaNya. Adakalanya manusia gagal mempertahankan "imannya" dengan pelbagai ujian yang tidak terjangka oleh akal fikiran.Seringkali kita terbaca di dada-dada akhbar, kita mendengar dan melihat di kaca TV serta mendengar di corong radio melaporkan ramai di kalangan manusia yang tidak tahan dengan dugaan dunia telah mengambil jalan pintas dengan "MEMBUNUH DIRI"....nauzubillah..minzalik.!!!



Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Dugaan yang datang dari Allah ini terdapat dalam pelbagai bentuk..adakalanya dalam bentuk kesakitan, kesusahan, kesempitan hidup...malah terdapat dugaan dalam bentuk kesenangan yang tidak kita sedari...



Ketahuilah saudaraku...orang Islam. Dugaan ini datang kadangkala semasa kita baru lahir, setengahnya ketika semasa bekerja atau belajar...tidak kiralah masa bila ia datang. Anggaplah semua itu sebagai dugaan dari Allah untuk "menguji keimanan"  dan mungkin satu "kifarah" kepada kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini...



Wahai saudaraku...orang Islam. Bagaimanakah cara terbaik untuk kita menangani dugaan ??? Cara terbaiknya ialah dengan terus mengingati Allah s.w.t. Tidak kira sama ada kita senang atau susah, inggatlah Allah sebagai tempat kita mengadu dan memohon pertolongan.



Janganlah saudaraku... menjadi  orang yang hanya mengingati Allah kita susah sahaja, malah sewaktu kita berada dalam kegembiraan sepatutnya lebih lagi kita mengingatiNya. Ini sebagai tanda kita bersyukur dengan nikmat yang diturunkanNya kepada kita..



Firman Allah dalam Surah Ar-Rum: Ayat:33, yang bermaksud:
" Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka menyeru tuhanNya dengan kembali bertaubat kepadaNya. Kemudian apabila tuhan memberikan kepada mereka sedikit rahmatNya, tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukan Tuhannya."



Bersama-samalah kita berdoa...mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan mereka yang beriman dan tidak lupa daratan. Semoga kita sentiasa mengingati Allah ketika kita susah dan tidak melalaikan diri mengingati Allah ketika senang. Mudah-mudahan kita mendapat keuntungan.....amin!!!

Monday, November 16, 2009

10 WASIAT IMAM AS-SHAHID HASSAN AL-BANNA




As-Shahid Hassan al-Banna..adalah seorang mujahid dan juga seorang mujaddid yang terulung di abad ke 20an ini.  Beliau dikenali di seluruh dunia  sebagai pengasas Gerakan Al-Ikhwan Muslimin di Mesir. Gerakan ini ditubuhkan pada bulan Mac 1928 di Isma'iliyyah, Mesir dan telah dipimpin oleh beliau sehingga Al-Ikhwan Muslimin terkenal di seluruh dunia sebagai satu wadah pergerakan Islam yang menginginkan Agama Islam diagungkan di seluruh dunia.


Ketahuilah saudaraku...As-Shahid Hassan al-Banna adalah seorang pejuang yang Islam yang gigih tanpa mengenal erti gentar dan takut, melainkan kepada Allah rabbuljalil..sehingga akhirnya mati syahid ditembak oleh puak keganasan Rejim Mesir pada tanggal 12 Febuari 1949 ketika waktu Zohor..


Ketahuilah wahai saudaraku....walaupun As-Shahid Hassan al-Banna telah lama meninggalkan kita namun Gerakan Al-Ikhwan Muslimin tetap utuh hingga sekarang. Ini adalah hasil perjuangan dan kegigihan As-Shahid Hassan al-Banna melahirkan ramai pengikut-pengikut yang memperjuangkan cita-cita beliau yang inginkan Agama Islam diagungkan di seluruh dunia..


Bagi merealisasikan impian beliau, As-Shahid  Hassan al-Banna telah menulis "Sepuluh Wasiat Hassan al-Banna" yang mana penulisan beliau ini sungguh masyhur dan sering disebut-sebut para pendakwah..Ianya merupakan nasihat serta wasiat beliau kepada pejuang Islam sebagai bekalan di dalam menghadapi kehidupan yang penuh mencabar di akhir-akhir ini..

Diantara 10 wasiat beliau ialah:


1.Segeralah tunaikan solat bila bila suadara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara.
   - Wasiat ini mengajak orang muslim supaya sentiasa menjaga dan memelihara solat dan mengerjakan pada waktunya. Kita hendaklah mendahulukan solat daripada kerja-kerja lain dan tidak ada halangan syarak yang membolehkannya solat diakhirkan.





2. Bacalah al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa saudara dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah.
   - Dalam wasiat kedua ini, merangkumi empat perkara:
       a. Bacalah al-Quran.
            - Al-Quran adalah kalam suci dari Allah s.w.t untuk menjadi perlembagaan kepada manusia bagi mentadbir alam ini. Ia adalah kitab panduan yang memberi petunjuk dan hidayah yang benar..Firman Allah:
          "Sesungguhnya al-Quran itu memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus." (Al-Isra':9)

Ketahuilah saudaraku...perjuang Islam...
Berpegang dengan ajaran Al-Quran akan membawa kekuatan dan kemenangan...jika saudaraku menyimpang dari ajarannya akan membawa kelemahan dan kehinaan!!!!!...


   b. Membuat Kajian (mentelaah) dan Mendengar Majlis
       Ilmu.
       - Setelah kita memperbanyakkan membaca Al-Quran, As-Shahid Hassan  al-Banna menasihatkan supaya kita rajin metelaah (membaca) buku-buku dan mendengar majlis ilmu. Kedua-dua ini adalah kaedah untuk menambahkan ilmu pengetahuan agama. 


Ketahuilah sadaraku...bertemu dengan buku merupakan bertemu dengan "harta kekayaan".
Seorang penyair pernah mengatakan " Teman manusia yang paling baik ialah buku". Saudara boleh menggantikan usia dunia yang pendek ini dengan mentelaah buku-buku yang bernilai tinggi atau melayari "blog-blog" dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan...


Percayalah saudaraku...jika saudara pandai memilih buku-buku atau melayari blog-blog, dan suadara terus membaca....bererti umur saudara bertambah panjang dari sudut maknawi kerana saudara menambahnya dari "hasil umur orang lain"..Walaupun umur saudara pendek, tetapi saudara dapat melipatgandakannya dengan membaca hasilan orang lain....


Ketahuilah wahai saudaraku....mencari, menghadiri dan mendengar majlis Ilmu..amat digemari oleh para malaikat..Malaikat yang berterbangan di langgit akan berhenti dan menebarkan sayapnya jika terdapat tempat-tempat diadakan majlis ilmu...subhanallah!!!!
Selain itu..wahai saudaraku..orang Islam, kesan ilmu tetap akan kekal, tidak dapat dihapuskan sehingga akhir hayat..Sabda Rasulullah s.a.w:
      " Apabila anak Adam mati, terputuslah (pahala) semua amalnya, kecuali tiga perkara: sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang (sentiasa) berdoa kepadanya."..


C. Berzikirullah.
    - Wahai saudaraku..orang Islam, jika saudara terlalu sibuk atau tiada kepalangan waktu untuk membaca Al-Quran, atau memtelaah buku dan blog atau menghadiri majlis ilmu...masih terdapat cara lain saudara manfaat waktu saudara agar tidak terbuang begitu sahaja..Al-Shahid Hassan al-Banna mengingatkan kita agar "berzikirullah" dalam apa keadaan sekalipun, sama ada berdiri, duduk atau berbaring...setiap waktu, sama ada siang atau malam, atau di masa sibuk atau lapang..agar kita tergolong orang yang sentiasa mengingati Allah ajalwajalla..


3. Berusahalah bercakap dalam bahasa Arab Fusha,  kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.
  - Wasiat ketiga beliau ialah agar kita setiap orang muslim mengorbankan seluruh kemampuan dan tenaga untuk mempelajari Bahasa Arab Fusha (persuratan). Beliau berpendapat bercakap dalam Bahasa Arab Fusha merupakan salah satu syair yang dituntut. (Bacaan yang betul ketika membaca Al-Quran). Pendapat beliau ini disokong dengan firman Allah:
      " Sesungguhnya kami menurunkannya beruapa Al-Quran dengan Bahasa Arab agar kamu memahaminya." (Surah.12. Ayat :2)


4. Janganlah saudara banyakkan perdebatan (al-jadal) dalam semua urusan, walau bagaimanapun keadaannya, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.
  - Wasiat seterusnya, beliau melarang kaum muslim sengaja mengada-adakan perdebatan yang tidak memberi faedah, sebaliknya beliau menggalkkan kepada perdebatan yang membuahkan hasil sekiranya perlu. Ini kerana perdebatan( al-jidal) akan melahirkan penyakit-penyakit seperti:
   a. Menggalakkan manusia sentiasa dalam keadaan 
       bergeseran/ bertelagah.
   b. Kemudian penyakit ini akan memarakkan fitnah dan 
      permusuhan antara sesama manusia kerana mencari 
      kemenangan.
  c. Seterusnya ia akan memecah-belahkan umat manusia 
     dan satu kelompok merasa gembira dengan kelompoknya.



Jestru itu wahai saudaraku...orang Islam, Cukuplah bagi kita mengambil panduan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah dalam menyelesaikan permasalahan al-Jidal ini..


5. Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah s.w.t. bersifat tenang dan serius.
   - Dalam wasiat ini Al-Shahis Hassan al-Banna menasihatkan kita supaya jadilah muslim yang tidak berlebih-lebihan kita ketawa. Kerana katanya orang yang beriman hatinya sentiasa ingat Allah, takut kepadaNya dan sentiasa mengharap kepadaNya.



6. Saudara jangan suka bergurau. kerana ummat yang berjihat hanya mengenal keseriusan.
    - Wasiat seterunya Al-Shahid Hassan Al-Banna mengigatkan kita supaya meninggalkan sikap suka bergurau, dan mengajak kita bersikap serius dalam percakapan dan perbauatan.
Percayalah wahai saudaraku..bergurau ini merupakan "jurang kegelinciran" yang amat bahaya, kebiasaannya ia membawa kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan dipandang hina..jika gurauan itu sudah terkeluar dari sempadan bergurau. Bagi Islambergurau berlebihan merupakan "pintu-pintu"  pembohongan dan fitnah..nauzubillah..minzalik!!!!



7. Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari yang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.
- Dalam wasiat ini Imam Hassan Al-Banna melarang kita meninggikan suara tanpa keperluan berbuat demikian. Ini kerana ia tidak membawa kepada natijah yang baik. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Luqman (Surah:31. Ayat:19) yang bermaksud:
        " Dan sederhanalah kamu dalam perjalanan dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya seburu-buruk suara ialah suara keldai."
Ketahuilah saudaraku...orang Islam...Allah melarang orang mukmin dari meninggikan suara mereka lebih daripada suara Rasulullah, dan Allah melarang mereka bercakap dengan Rasulullah seperti mereka bercakap sama sendiri..


Pengajaran yang dapat kita perolehi ialah...meninggikan suara boleh menjadikan gugur amal solih, sekalipun amalan itu besar...



8. Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali perkara kebajikan.
- Dalam wasiat ini beliau mengigatkan kita jangan suka mengumpat, mencabuli kehormatan jemaah lain dan mengajak umat Islam memperkatakan perkara kebaikan untuk kebaikan semata-mata.
Ketahuilah wahai saudaraku...perbuatan mengumpat ini dalam Islam ..sama seperti "memakan daging saurdaranya sendiri"..ia adalah perbuat yang jijik dan dan dibenci oleh manusia.



9. Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan raka-rakan saudara, sekalipun suadara tidak diminta berbuat demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.
- Wasiat beliau supaya kita"taaruf" kerana ia adalah jalan untuk mewujudkan kasih sayang, kemesraan dan bersatu melakukan kebaikan. Ia juga merupakan tunggak asasi dalam peribadi Rasulullah s.a.w....


Wasiat yang terakhir....



10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan singkatkanlah masa penunaiannya.
- Dalam wasiat ini Imam Hassan Al-Banna menasihatkan kita..supaya mempergunakan waktu dan menghormatinya, sama ada waktu orang lain, waktu kawan atau kenalan..Beliau menasihatkan supaya bijak menggunakan waktu dengan kadar yang sesuai..jangan melakukan sesautu kerja dengan waktu yang membazir..buat kerja sambil lewa..sahaja..
Ketahuilah saudaraku..orang Islam,...Perjalanan masa itu tidak berhenti walaupun sesaat, atau siang dan malam.Ia menjadi keuntungan kepada kita jika kita memenuhinya dengan amalan solih..dan paling menakutkan jika ia menjadi kecelakaan kepada kita kiranya kita cuaikannya atau kita mencorakkannya dengan perbuatan-perbuatan jahat dan keji disisi Allah...nauzubillah..



Wahai saudaraku....walaupun terdapat banyak wasiat-wasiat di dunia ini untuk menuju ke arah kebaikkan..Namun 10 wasiat Al-Shahid Imam Al-Banna ini jika diamalkan oleh golongan belia Islam ...sudah tentu panji-panji Islam dapat ditegakkan di setiap sudut bumi Allah ini.....amin!!!!!!
Related Posts with Thumbnails