Followers

Saturday, January 23, 2010

Kepentingan MERANCANG KEWANGAN dalam Islam


Ketahuilah saudaraku...Setiap insan mengimpikan kehidupan yang baik di masa depan. Dalam konteks Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang dengan wujudnya gabungan unsur KEROHANIAN dan KEBENDAAN dalam kegiatan harian seseorang.


Ketahuilah saudaraku...Untuk mencapai kehidupan yang baik di dunia dan akhirat, kita perlu juga memikirkan perancangan kewangan. Rasulullah s.a.w pernah berpesan dalam sabda baginda:
", rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa muda sebelum masa tua, sihat sebelum sakit, masa BERHARTA sebelum masa MISKIN, lapang sebelum sibuk, masa hidup sebelum mati." Maka sewajarnyalah hadis ini diaplikasikan untuk kebaikan dengan PERANCANGAN KEWANGAN YANG BIJAK.


Saudaraku...Bijak merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting membentuk keluarga sejahtera dan stabil. Walaupun wang bukan segala-galanya tetapi ia mempunyai kaitan langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan. Perancangan dan pengurusan kewangan keluarga membabitkan perbelanjaan, PERLINDUNGAN daripada RISIKO (mengambil TAKAFUL), simpanan dan pelaburan. mengurus kewangan membolehkan keluarga menyedari matlamat dan berusaha mencapai matlamat dengan sumber kewangan yang ada. Pengurusan kewangan juga membolehkan keluarga mampu menghadapi cabaran atau kejadian yang tidak diduga selain membentuk disiplin diri dan sikap bertanggung jawab terhadap kehidupan masa kini dan akan datang.

Ketahuilah saudaraku...amalan menabung antaranya merupakan sesuatu yang dituntut dalam Islam sebagaimana Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
      "Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang yang berusaha dengan cara yang baik, berbelanja dengan sederhana dan menabung apa yang lebih (setelah memberi nafkah) untuk saat-saat dia yang memerlukannya nanti." Hadis Muttafaqun 'Alaih (Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim).


Ketahuilah saudaraku...Kita perlu merancang kerana ia merupakan sunnah atau jalan para rasul. Sebagai contoh, kisah Nabi Yusuf a.s. memberikan kita pengajaran yang jelas betapa pentingnya perancangan untuk masa depan. Kisah Nabi Yusuf a.s membuat perancangan untuk Kerajaan Mesir yang menghadapi suasana kegawatan ekonomi akibat kemarau panjang selama tujuh tahun patut diteladani dan dicontohi. Hal ini kerana al-Quran tidak akan menceritakan kisah ini hanya untuk bacaan semata-mata.

Nabi Yusuf a.s. pandai mentafsir mimpi menunjukkan anugerah Allah kepadan-Nya. Kepandaian Nabi Yusuf a.s dalam mentafsir mimpi diketahui Raja Mesir dan dia dipanggil mengadap untuk tujuan itu. Ceritanya diterangkan di dalam al-Quran: Surah Yusuf: Ayat 43 - 49. Ketahuilah saudaraku...Dalam ayat ini Allah mengaambarkan contoh usaha manusia membentuk SISTEM PERLINDUNGAN menghadap kemungkinan yang buruk di masa akan datang. Secara ringkasnya ayat ini bercerita tentang pertanyaan Raja Mesir tentang mimpinya kepada Nabi Yusuf. Di mana Raja Mesir telah bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi yang kurus, dan dia juga melihat tujuh tangkai gandum yang hijau berbuah serta tujuh tangkjai yang merah mengering tidak berbuah.


Ketahuilah saudaraku..Nabi Yusuf a.s dalam hal ini menjawab supaya mereka bercucuk tanam tujuh tahun dan dari hasilnya hendaklah disimpan sebahagian. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang telah mereka simpan untuk menghadapi masa sulit tersebut, kecuali sedikit dari apa yang disimpan.

Ketahuilah saudaraku..perancangan penggunaan kewangan untuk menghadapi risiko yang mendatang amat perlu dilakukan....Surah Yusuf juga menceritakan bagaimana bapanya, Nabi Ya'Kub a.s telah membuat perancangan untuk MENGURANG RISIKO dengan memberi pesanan kepada anak-anaknya,
     "Dan Ya'kub berkata: Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, tetapi masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlainan; namun demikian aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikitpun dari pada (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu0 hanyalah hak Allah; kepadanyaNyalah aku bertawakal dan hendaklah kepadaNya saja orang-orang yang bertawakal berserah diri."

Ketahuilah saudaraku...ayat ini perlu difahami dan dijadfikan panduan, supaya kita sentiasa bersedia dengan perancangan kewangan menghadapi sebarang risiko yang kemungkinan mendatang. Ia juga menghuraikan bahawa dengan perancangan yang baik dan pengurusan teratur, sesuatu sumber (kewangan) itu dapat dioptimumkan manfaatnya bagi perancangan masa depan.


Ketahuilah saudaraku...Antara kesilapan biasa dalam mengurus kewangan ialah sikap GEMAR BERHUTANG berbanding membeli sesuatu benda atau perkhidmatan secara tunai. Kaedah pembelian secara kad kredit yang kini menjadi cara hidup ramai menyebabkan banyak keluarga mengorbankan peruntukan kewangan di masa depan, seterusnya gagal membuat simpanan untuk matlamat kewangan lebih penting.

Ketahuilah saudaraku...Terdapat beberapa bentuk simpanan yang boleh dibuat, antaranya menyimpan secara tabungan khusus melalui CARUMAN TAKAFUL. Melalui kaedah ini tiga kelebihan yang kita perolehi;
1. Perlindungan (jika kita mengalami musibah), jika ada MEDIC CARD (boleh masuk hospital swasta tanpa bayaran awal dan kos rawatan ditanggung mengikut jumlah yang dipersetujui mengikut perlindungan polisi yang diambil)

2. Tabarru' atau  Hibah ( kita juga dapat menderma kepada ahli takaful, pelaburan akhirat kita)

3.Tabungan ( Semua agihan wang caruman dalam Akaun Peserta (AP) akan dipulangkan kepada peserta bila tempoh matang, atau boleh dikeluarkan bila-bila masa..seelok-eloknya biarlah melebihi 5 hinggan 10 tahun, untuk kita gunakannya bagi MENUNAIKAN UMRAH atau MENGERJAKAN HAJI). Wang yang saudara keluarkan dalam Akaun Peserta tidak dikenakan FAEDAH  dan tidak perlu dibayar semula,seperti INSURANS konvensional.


Ketahuilah saudaraku...Melalui TAKAFUL kita cuma merancang dan mengambil langkah untuk menjaga diri kita, atau anak isteri kita daripada sebarang kemungkinan di masa depan. janganlah kita salahkan TAKDIR apabila sesuatu malapetaka berlaku kepada kita terutama apabila kita tidak berusaha untuk mengelakkan diri daripadanya.

Akhir sekali..saudaraku...Sebahagian Ulamak besar mengatakan kontrak INSURANS KONVENSIONAL tidak selaras dengan kehendak-kehendak hukum Syarak kerana ia mengandungi unsur-unsur berikut:


1. Gharar (Ketidak pastian)
     Rasulullah s.a.w melarang jual beli gharar sebagaimana sabdanya:
             "Rasulullah s.a.w melarang daripada menjual barang (secara melontar batu) dan jualan yang mempunyai gharar (ketidak pastian) " Riwayat al-Baihaqi.

2. Maisir (Judi). iaitu mendapat sesuatu dengan cara mudah atau mendapat keuntungan tanpa berusaha mengerjakannya. Dalam konteks INSURANS KONVENSIONAL maisir (judi) dalam kontrak insurans wujud bila mana:
   a. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
   b. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
   c. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

3. Riba (pertambahan / menambahkan). Riba juga merupakan perkara yang diharamkan oleh syarak, firman Allah s.w.t:

     " Dan Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba". Surah Al-Baqarah (2):275




Berikut disenaraikan PERBEZAAN Takaful dengan INSURANS KONVENSIONAL

                      TAKAFUL                                  
           

1. Pematuhan kepada hukum syarak                         
2. Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad  tabarru', mudharabah  danwakalah.
3. Pengendali takaful merupakan pengurus tabung dan tidak memberi jaminan kepada peserta.             
4.Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabarru'                               .
5. Bebas daripada riba, gharar dan maisir.              
6. Adanya Majlis Pengawasan Syariah.                     
7. Keuntungan akan dikongsi bersama di antara  pengendali takaful dan peserta berdasarkan kepada
    Mudharabah atau Yuran Prestasi Pelaburan.



INSURANS KONVENSIONAL
1. Tiada mematuhi hukum syarak
2. Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad jualbeli
3. Syarikat insurans merupakan pemilik tabung dan menjadi penjamin kepada peserta.
4. Syarikat menjamin peserta berdasarkan kepada faktor-faktor komersial
5. Banyak unsur-unsur riba, gharar dan maisir.
6. Tiada Majlis Pengawasan Syariah.
7. Keuntungan diagih mengikut keputusan syarikat.


Ketahuilah saudaraku..banyak syarikat INSURANS KONVENSIONAL menggunakan wang premium yang saudara carum dilaburkan dengan syarikat-syarikat perjudian serta syarikat-syarikat pengeluaran ARAK (minuman keras/ air kencing syaitan) yang terdapat di Negara Malaysia yang terkenal dengan gelaran "NEGARA ISLAM CONTOH"....nauzubillah..minzalik!!!!!


Oleh itu saudaraku...betapa pentingnya kita merancang kewangan untuk masa depan kita..dan janganlah kita dalam usaha menjaga kepentingan kewangan ini...kita terlibat dalam pelaburan yang mana kita sama terlibat dalam menyumbangkan wang pelaburan untuk menyuburkan INDUSTRI ARAK dan JUDI yang terdapat di negara Malaysia yang kita cintai ini. Belum terlambat saudaraku...untuk kita sama-sama untuk memastikan sumber kewangan yang kita perolehi atau perlindungan untuk ahli keluarga kita dalam suasana yang dibenarkan oleh Syarak..Tidak ada ertinya kita KAYA jika kekayaan itu datang dari pelaburan kita atau SUBAHAT kita kepada syarikat-syarikat yang menyuburkan KEMUNGKARAN di muka bumi Allah ini...nauzubillah..minzalik!!!!

Thursday, January 21, 2010

Mari BERWIRID dan BERZIKIR


Assalamualaikum...saudaraku yang dikasihi...sudah lama ana menyepi diri...disebabkan kesibukan tugas seharian. Alhamdulillah di atas kesempatan waktu ini ana ingin berkongsi ilmu dengan saudaraku semua tentang perkara yang mudah dilakukan...tetapi jarang di kalangan kita yang mengaku umat Islam mengamalkannya pada setiap masa dan tempat. BERWIRID dan BERZIKIR  dua perkara yang cukup mudah dilakukan...tetapi berapa ramai di kalangan kita melakukannya?

Saudaraku..ketahuilah ramai di kalangan kita banyak menghabiskan masa dengan berbual kosong di kedai kopi, berbual kosong di pejabat sewaktu rehat dan melamun ketika memandu...Marilah kita mulai tahun 2010 ini mengubah pradigma kita supaya menjadikan lidah kita sentiasa BERWIRID dan BERZIKIR memuji Allah s.w.t yang menciptakan kita ini.


Ketahuilah saudaraku bahawa BERWIRID dan BERZIKIR ini dapat memelihara jiwa dan hati kita...dan seterusnya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah ajawajalla..Habiskanlah waktu kita pada waktu sebelah pagi atau sebelum tidur untuk BERWIRID dan BERZIKIR....sesungguhnya ia akan memberi kita sejuta kedamaian dan ketenangan...

Ketahuilah saudaraku...terdapat banyak cara untuk BERWIRID...di sini ana ingin berkongsi amalan WIRID untuk kita amalkan bersama sepanjang seharian kita menempuh hidup di dunia yang pana ini...


WIRID PERTAMA: Membaca ayat Kursi...Ayat ini mempunyai peranan yang menakjubkan bagi hamba yang budiman. Menurut Ibnu Qayyum, beliau mengatakan:
 "Saya sentiasa memohon kepada Allah supaya Allah memanjangkan usiaku, sehingga saya dapat menulis beberapa jilid tafsir dan mengekalkan rahsia-rahsia perbendaharaan ayat ini".

WIRID KEDUA: Dengan membaca beberapa ayat terakhir daripada surah Al-Baqarah (Ayat 284 hingga 286)

WIRID KETIGA: Bacalah Surah Al-Iklas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.

WIRID KEEMPAT: Bacalah"Subhanallah, walhamdulillah, walailllah, haillallah, allah huakbar, walahaulawala  kuwataillah billah hilaliyil azim:" yang bermaksud"Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah yang tidak ada sekutuNya, milikNya kerajaan dan milikNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu."..Bacalah WIRID ini sebanyak 100 kali pada waktu pagi dan petang. Insyaallah mereka yang mengamalkan WIRID ini berhak memperoleh EMPAT keistimewaan dari Allah s.w.t iaitu:
1. Janji yang tidak akan dikurangkan
2. Janji yang tidak akan diabaikan
3. Janji yang tidak akan ditolak
4. Janji yang tidak akan dilupakan


Ketahuilah saudaraku...jika kita membaca WIRID ini...kita juga akan mendapat 100 kebaikan dan diampun 100 kejahatan.

WIRID KELIMA: Membaca, memahami dan menghayati Al-Quran. Ketahuilah saudaraku...kenapa dunia sekarang ini diancam oleh kelakuan dan sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan. Sering kali kita mendengar setiap hari kes bunuh, rogol, merompak, meragut ...dan lebih kejam lagi.. baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang anak sanggup membunuh ayah, datuk, nenek serta adik perempuannya sendiri..semua ini kerana manusia sudah menjauhi dengan kita suci AL-Quran...Al-Quran hanya menjadi penghias dinding-dinding rumah, Al-Quran hanya diletakkan di dalam Almari cermin dan setengahnya Al-Quran di letakkan di hadapan atau belakang kereta....kononnya supaya dapat menghindar gangguan syaitan dan hantu...Ketahuilah saudaraku...bagaimana manusia boleh hidup tenteram tanpa bimbingan dan panduan dari Al-Quran. Kadangkala kita berasa sedih bila ada "MENTERI" sanggup mengatakan "Apa Al-Quran boleh buat jalan raya ke?. Bila Allah runtuhkan lebuh raya di Ipoh barulah mulut-mulut mereka ini senyap, terkedu dan tidak berkata apa-apa....Apabila wakil media bertanya pada MENTERI ini ....barulah mereka ini mengatakan "ITU TUHAN  ALLAH punya kerjala...


WIRID KEENAM: Melakukan Qiyamullail..Ketahuilah saudaraku...barang siapa melakukan Qiyamullail atau bangun tengah malam dan beribadat kepada Allah...rasa bahagia akan muncul daripada jiwa yang tenang dan lapang tatkala dapat melaksanakan sembahyang dua rakat pada akhir malam (Tahajud). Bagi mereka ini Allah akan sediakan tempat di Arasy Allah, tempat singgah sana Allah s.w.t. Begitu Allah memuliakan kepada manusia yang bertahujud bangun sembahayang malam ketika manusia lain sedang nyenyak tidur dibuai mimpi...

WIRID KETUJUH: Perbanyakkan ibadah sunat, agar kita memdapat lebih keberkatan daripada Allah s.w.t.

WIRID KELAPAN: Bacalah Al-Fatihah 7 X , Al- Iklas 7X , Al-Falaq 7X dan An- Nas 7X selepas solat Fardu Jumaat. Insyaallah barang siapa membacanya akan Allah jauhkannya dari mara bahaya hingga ke hari Jumaat akan datang.



Oleh itu saudaraku...marilah kita penuhi perjalanan hidup kita seharian di muka bumi yang penuh dengan nikmat Allah yang tidak terhitung banyak dengan membalasnya dengan "BERWIRID dan "BERZIKIR" pada setiap masa dan tempat....amin yarabbalalamin!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, January 1, 2010

TAHUN BARU 2010 - HIDUP bukan Hanya MERANCANG, tetapi Perlu MUHASABAH


Assalamualaikum...n Selamat Datang Tahun Masihi 2010..


Ketahuilah saudaraku..sempena kedatangan tahun baru, sudah tentu di kalangan kita mempunyai azam baru dan "merancang" sebaik mungkin azam tersebut supaya semuanya tercapai seperti apa yang dirancangkan. Bagi pihak kerajaan semua menteri-menteri dan YB (Yang Berkhidmat) bukan YB(Yang Berhormat..Bila anggap diri Yang Berhormat.. maka kita dapati ramai YB-YB sekarang "naik tocang", supaya dia dihormat. Tak sedar diri!!! mereka naik YB bukan kerana kelulusan, tetapi kerana "undian"..oleh itu hati-hati YB...PRU13 sudah hampir!!!) mempunyai KPI masing-masing untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.Jika KPI buruk ...takut-takut tidak terpilih di PRU 13..


 Bagi Kementerian Pelajaran, para pendidik sibuk dikerahkan supaya membuat "Perancangan Strategik" yang dahulunya dikenali sebagai "BLUE PRINT" iaitu Perancangan 5 Tahun. Kehebatan setiap jabatan sekarang ini dinilai sejauh mana hebat mereka merancang "Perancangan Strategik" dengan begitu baik dan tersusun daripada A hingga Z.


Ketahuilah saudaraku..Selalu merancang sebelum memulakan sesuatu kerja memang suatu amalan yang baik. Bagi seorang guru di sekolah, mereka sibuk merancang bila hari terbuka sekolah, hari sukan tahunan, sambutan bulan kemerdekaan, hari guru dan bermacam-macam program lain. Bukan itu sahaja bahkan sekarang ini mereka sibuk menyediakan "Rancangan Mengajar Tahunan" dan setiap hari sibuk pula membuat "Rancangan Mengajar Harian"...inilah dunia seorang yang bergelar pendidik sanggup berkorban diri untuk menerangi orang lain, ibarat seperti "LILIN... SANGGUP MEMBAKAR DIRI, UNTUK MENERANGI ORANG LAIN"....


Ketahuilah saudaraku...bila tahun baru tiba, maka alam persekolahan pun mula dibuka...Adik-adik yang sedang di alam persekolahan juga sibuk merancang dan menyusun strategi mereka. Ada yang memikirkan selepas mendapat keputusan UPSR dan PMR dengan baik hendak menyambung belajar di sekolah berasrama penuh di mana? dapat ke atau tidak? jika tak dapat ....nak sekolah di mana? Mereka ini juga sibuk merancang masa depan mereka..Ya.lah, bak kata orang "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan", alang-alang belajar bukan setakat  dapat UPSR 5A atau PMR 8A...sudah tentu mereka ini merancang untuk belajar sampai ke tahap paling tinggi iaitu DR FALSAFAH...


Ketahuilah saudaraku...Setiap perkara yang hendak kita buat perlu perancangan yang rapi, agar apa yang kita kerjakan dapat berjalan dengan lancar dan mencapai sasarannya. Memang diakui, jika kita tidak merancangpun boleh mencapai objektif...tetapi kebiasaaannya kita akan melalui berbagai haru biru dan suasana kelangkabut dahulu. Tetapi saudaraku...Merancang bukan bermakna seratus peratus ianya akan "MESTI JADI", tetapi sekurang-kurangnya kita telah meminimumkan "KEGAGALAN". Bagi kita yang beragama Islam, yakinlah dengan merancang sahaja kita sudah mendapat "PAHALA", kerana kita sudah merancang dan ada "NIAT" hendak membuat perkara yang baik....


Tetapi...saudaraku..Hidup ini bukan hanya cukup sekadar "MERANCANG" sahaja !!! bahkan kita juga perlu "MUHASABAH" diri terhadap perkara lalu dan akan datang. Ramai orang berjaya merancang sebelum melakukan sesuatu perkara, tetapi ramai orang yang gagal melakukan muhasabah selepas melakukan sesuatu kerja. Ketahuilah saudaraku..."Gagal untuk Muhasabah , sebenarnya adalah "lambang" kita gagal dalam merancang...


Ketahuilah saudaraku...Muhasabah itu ertinya "Mengira-ngira" atau bahasa morden dipanggil "POST-MORTEM". Sebagai contoh..jika kita baru sahaja bekerja tahun ini dengan gaji permulaan baru RM1700 atau RM2000 (itu pun sudah termasuk elaun-elaun), kena merancang dan muhasabah diri untuk beli kereta..Jangan ikut orang yang dah lama bekerja. Mereka beli HONDA CIVIC kitapun ikut sama...bila hujung tahun,Road tex  dan insurans kereta tamat tempoh...masa itu baru kita terkial-kial cari duit untuk bayar Road Tex dan insurans..orang lama sudah ada insurans NCD 55%, kita kena bayar 100%...masa itu baru nak muhasabah!!!! sudah terlambat...beb....


Sedarlah saudaraku...berapa ramai di kalangan kita yang begitu "GHAIRAH" untuk cepat kaya dengan memasuki "SKIM CEPAT KAYA" pada tahun 2009...mereka ini begitu hebat berangan dengan merancang untuk membeli kereta mewah dengan hasil pelaburan tersebut. Kata mereka setakat memakai kereta "CITRA" tak mainlah!!! paling koman kami pakai "ESTIMA"...akibat tidak muhasabah, maka ramai di kalangan sahabat kita ini..bukan setakat "KELISA" pun tak boleh beli...malah "KANCIL" pun tak dapat...Muhasabah wahai kawan-kawan...jangan jadikan Tahun 2010 sebagai tahun mengecewakan kita lagi..


Ketahuilah saudaraku.. Kalau hendak kira kita telah cukup hebat merancang, memang sudah rancang betul-betul. Tetapi selagi belum buat, mana kita tahu keberkesanan perancangan kita? Kalau buat sesuatu dengan somborono dan mengikut hawa nafsu..maka ramailah terkena dengan "MAINAN SKIM CEPAT KAYA" ini. Oleh itu jadikanlah kejadian pada Tahun 2009 sebagai Muhasabah untuk Tahun 2010. Dengan muhasabah, selepas kita benar-benar melalui perancangan tersebut, barulah kita dapat tahu mana yang "okey" dan yang mana tidak "okey". Janganlah melakukan kesilapan yang sama setiap tahun!!!! Ketahuilah saudaraku...orang mukmin "Tidak masuk lubang biawak yang sama dua kali".



Ingatlah saudaraku..Janganlah kita sekadar Copy dan Paste perancangan tahun 2009 kemudian apply  untuk tahun 2010. Tetapi lakukanlah muhasabah terhadap progaram tahun 2009 untuk membantu merancang program bagi tahun 2010 yang lebih "CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG".


Oleh itu saudaraku...Marilah kita bermuhasabah setiap apa yang kita lakukan..Gagal membuat muhasabah adalah tanda kita gagal merancang. Marilah kita sama-sama  menjadikan tahun 2010 ini dengan sentiasa:
1. Membuat perancangan setiap perkara yang kita lakukan.
2. Bermuhasabah pada setiap perancangan yang telah kita lakukan.
3. Melakukan perancangan berdasarkan muhasabah di atas perancangan yang telah lalu.



Ketahuilah saudaraku...Setiap kali kita selepas melaksanakan sesuatu "Perancangan" perlulah "Muhasabah" atau buat " post-mortem" agar kita dapat perbaikinya perancangan akan datang. Oleh itu sentiasalah "HISAB, HITUNG, MUHASABAH DIRI KITA SEBELUM ALLAH S.W.T MENGHITUNG KITA"


"WASSALAM!!!!..SELAMAT TAHUN BARU 2010 DAN SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009"...sedarlah saudaraku... semakin "SEMAKIN DEKAT TAHUN KEMATIAN KITA!!!!!!!!nauzubillah

Monday, December 21, 2009

RAHSIA angka 7 di sisi ALLAH s.w.t


Ketahuilah saudaraku...angka 7 itu sangat agung di sisi Allah s.w.t. Jika kita halusi setiap kejadian di muka bumi ini banyak berkaitan dengan "ANGKA 7".  Antaranya seperti bilangan hari dalam seminggu. Kenapa Allah jadikan dalam seminggu bukannya 8 hari, kenapa 7 hari? Allah s.w.t menjadikan seminggu itu terdiri daripada tujuh hari. Di dalam setiap hari tersebut terjadi peristiwa-peristiwa tertentu yang mempunyai rahsia keutamaan bagi hari tersebut (PERINGATAN: akan dibincangkan dalam siri akan datang....tunggu!!!!)

Menurut Imam Abu Nashr Muhammad bin Abdurrahman Al-Hamdany:
   "Ketahuilah bahawa Allah sangat besar kekuasaanNYA dan sangat tinggi kalimatNya serta berterusan nikmat-nikmatNya. Allah telah menghias 7 perkara dengan 7 perkara. Dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap 7 perkara itu mempunyai rahsia perkara yang lainnya. Semua kejadian ini untuk mengkhabarkan kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya 7 itu mempunyai RAHSIA YANG SANGAT BESAR dan KEDUDUKAN YANG SANGAT AGUNG di sisi Allah s.w.t.


Ketahuilah saudaraku... Allah menghiasi angkasa ini dengan tujuh lapis langit.Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
       "Dan Kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh." (An-Naba':12)

Begitu juga di dalam Al-Quran ada dinyatakan langit ini mempunyai 7 lapis, seperti mana digambarkan oleh Rasulullah s.a.w di mana baginda telah dimikrajkan hingga ke langgit 7, dan setiap langgit itu terdapat kejadian-kejadian yang pelik-pelik menimpa kepada umat baginda.


Ketahuilah saudaraku..kemudian Allah s.w.t juga menghiaskan langit ini dengan 7 bintang (plenet termasuk bumi yang kita diami ini), seperti firmanNya:
      "Dan sesungguhnya kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya." (Al-Hajr:16)


Ketahuilah saudaraku...juga dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa bumi kita ini juga mempunyai 7 lapisan. Seperti mana Firman Allah s.w.t surah Ath-Thalaq: Ayat  12, yang bermaksud:
      "Allahlah yang menciptakan tujuh langit sebegitu juga bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah  Maha Berkuiasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu."


Ketahuilah saudaraku...selepas kejadian bumi, maka Allah menghiasinya pula dengan 7 lautan, sebagaimana firmaNya dalam surah Luqman: Ayat 27, yang bermaksud:
       " Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta ditambah kepada 7 laut lagi sesudah keringnya nescaya tidak akan habis -habisnya ditulis kalimat Allah."



Ketahuilah saudaraku...suatu masa nanti, setelah manusia meninggal dunia "MATI", maka di akhirat nanti, bagi mereka yang ingkar dengan suruhan Allah dan melanggar laranganNya....Allah s.w.t menyediakan 7 tingkat "NERAKA" untuk mereka. Neraka tersebut ialah Jahanam, Sa'ir, Saqor, Jahim, Huthamah, Lazo dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan 7 buah pintu neraka, Firmannya:
 " Neraka itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu telah ditetapkan untuk golongan yang tertentu dari mereka." (Hijr:44)   


 Juga jika kita perhatikan dalam kejadian manusia, terdapat 7 bahagian anggota tubuh badan manusia. Manakala jika perhatikan surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran, terdapat 7 surah yang panjang-panjang, kemudian menghiasinya dengan 7 ayat pada pembukaan kitab atau "Fatihatul kitab." (Fatihah) Sebagaimana firmanNya:

    "Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepada kamu 7 ayat yang dibaca berulang-ulang (dalam solat) dan Al-Quran yang agung." (Al-Hijr:87)

Demikianlah Allah s.w.t menjadikan sesuatu di alam ini mempunyai rahsianya tersendiri yang perlu kita kaji dan diketahui.Semua rahsia kejadian dan kekuasaan yang ditunjukkan Allah itu kepada kita adalah sebagai "Bahan" untuk kita meningkatkan ketaqwaan kita kepadanya..AMIN!!!!!!wassalam.....

Thursday, December 17, 2009

PERIBADI Muslim DAN Muslimah KETIKA Tidur


Ketahuilah saudaraku..Allah menjadikan siang dan malam itu ada tujuan dan maksud tertentu. Dijadikan waktu siang itu untuk manusia bekerja mencari rezeki dan  beribadat, manakala dijadikan malam itu untuk manusia berehat dan beribadat kerana telah penat mencari rezeki di siang hari..Bagi kita orang muslim gunakanlah anugerah waktu malam itu untuk "tidur" dan "beribadah" kepada Allah..sesungguhnya orang yang kuat beribadah kepada Allah ialah mereka yang sedikit tidurnya diwaktu malam dan banyak waktu berjaga mengabdikan diri kepada Allah. Ini kerana mereka ingin menjaga kesihatan diri yang berkait rapat dengan kesihatan "jiwa" yang diperolehi melalui penyuciannya. Allah berfirman yang bermaksud:
   "Tidaklah dengan mengingati Allah akan menenangkan hati." (Ar-Ra'ad:28)


Ketahuilah saudaraku...berapa ramai dikalangan kita yang pada malamnya bekerja mencari rezeki, dan pada siangnya digunakan untuk berehat dan tidur. Oleh itu kita sering mendengar kebelakang ini ramai di kalangan mereka ini mendapat pelbagai penyakit seperti sakit mental atau sakit sukar mendapat ketenangan jiwa..Cuba kita bezakan, jika kita tidur siang dengan kita tidur di waktu malam..bila sahaja kita bangun, kita akan berasa pening kepala jika kita tidur di waktu siang. Ini berbanding jika bangun sewaktu kita tidur malam..di awal pagi kita akan berasa diri kita segar semula..Itulah keburukannya bila kita mengubah takdir Allah...dijadikanyaNya malam untuk tidur...kita manusia ini, mengubahnya jadikan siang untuk tidur dan malam untuk cari rezeki. Jangan salahkan takdir..salahkan perubahan peradaban manusia..


Oleh itu saudaraku...Islam telah mengariskan beberapa panduan untuk menjaga kesihatan diri dengan menjaga waktu tidur kita. Berikut adalah beberapa panduan untuk melahirkan "Peribadi Muslim dan Muslimah Ketika Tidur":


AMALAN TIDUR:
1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan solat Isyak iaitu seeloknya jam 10 atau 11 malam dengan keadaan berwuduk. Manakala amalan Rasulullah s.a.w, baginda sebelum tidur sentiasa membaca Surah Sajaddah dan Surah Al-Mulk.


2. Bangkitlah sepertiga akhir malam iaitu sekitar pukul 3 pagi atau 4 pagi, kemudian bersugi, berwuduk dan solat tahajjud, taubat serta solat sunat yang lain dengan ditutup solat wittir.


3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar. Bagi mereka yang kuat imannya boleh terus berjaga sehingga waktu solat subuh dengan membaca Al-Quran dan bertasbih serta bertahmid.


4. Tidurlah dengan "mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan" dan "rusuk kiri di bahagian atas". Ini bertujuan supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus serta cepat hadam makanan. Cara tidur sebegini adalah "amalan" Rasulullah s.a.w. Tidurlah sedemikan dari mula hingga akhirnya.


Ketahuilah saudaraku..Terdapat waktu-waktu yang dilarang kita mengamalkannya. Jika amalan ini berterusan, kebanyakan ulamak mengatakan kita akan cepat "hilang ingatan" atau dalam erti kata lain cepat menjadi "GILA".


WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR:
1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
    -Berapa ramai di kalangan kita yang setelah habis shif malam, dan pulang pukul 5 pagi dan terus tidur seawal pukul 6 pagi atau 7 pagi dan banggun pukul 2 petang untuk pergi kerja pada pukul 5 petang. Jika amalan ini diteruskan, suadara akan mempunyai potensi akan mengalami tekanan jiwa dan ketidakstabilan emosi.Ini kerana sewaktu kita tidur suasana gelap, sewaktu kita bangun suasana cerah dan panas terik. Ini menyebabkan kita akan berasa pening kepala.


2. Selepas masuk waktu Asar.
   - Waktu ini juga dilarang kita menjadikan amalan untuk tidur. Ini kerana dikuatiri jika kita tidur dan terjaga sehingga masuk waktu magrib. Sewaktu kita tidur suasana terang dan sewaktu kita bangun suasana gelap. Ini juga menyebabkan kita perjalanan hormon dalam badan kita tidak stabil dan kita akan berasa sedikit pening. Jika ini diamalkan selalu, dikuatiri kita akan mengalami gangguan emosi.


3. Tidur di bawah cahaya matahari, walaupun terkena separuh dari badan.
  - Perbuatan tidur di tanah lapang yang tanpa ada berlindung juga tidak digalakkan oleh Islam. Ini juga boleh mempercepatkan kita hilang ingatan.

Ketahuilah saudaraku yang gemar tidur di siang hari......(sekarang ini ramai yang terpaksa, sebab malam bekerja). Hasil kajian terdapat banyak keburukan berbanding kebaikan jika amalan tidur di siang hari diamalkan:


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI:
Ketahuilah saudaraku..Kita dilarang sama sekali tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas terik kerana:
1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit. Ini kerana waktu itu badan kita mudah berpeluh dan mudah dijangkiti kuman yang terdapat pada pakaian atau cadar serta selimut yang kita gunakan.
2. Merosakkan warna kulit.


3. Melemahkan jantung


4.Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.

5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat serta daya ingatan.


Ketahuilah saudaraku..Islam juga ada mengariskan panduan kepada kita cara menghindari "lesu" selepas bangkit dari tidur. Caranya ialah:
1. Bersihklan diri, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur ataupun sebaiknya
    kita  berwuduk sebelum tidur.

2. Jangan tidur terlalu lewat.

3. Setelah terjaga, bacalah doa bangun tidur dan melakukan sedikit senaman di atas katil sebelum turun
    dari  katil.

4. Minum segelas air kosong sebelum bersugi (pagi) dan segelas sebelum tidur malam.

5. Mandi dan ambil wuduk serta menunaikan "Solat Subuh"

Insyaallah!!!!jika amalan serta tabiat baik yang dinyatakan diikuti...saudara bukan sahaja dapat menjaga kesihatan diri, malah jiwa kita akan berasa tenteram, aman dan sentiasa segar untuk melakukan kerja serta beribadat mengabdikan diri kepadaNya...Amin!!!!!
Related Posts with Thumbnails